Copyrighted DeadRoseRealm

Sunday 20 March 2016

Sinopsis Lá Paradise

_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Lá Paradise Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________


Lá Paradise.

Untuk muda-mudi yang bersifat hedonisme, memang Lá Paradise adalah tempat yang sangat sesuai untuk berhibur. Tak perlu mencari teman menari, anda akan mendapat seorang yang sanggup menemani dan melayan anda untuk sepanjang malam.

Tak kisah anda seorang lelaki atau perempuan, anda akan diberikan layanan yang sangat memuaskan.

Pemilik Lá Paradise, Alarik mendapatkan khidmat Toby untuk kepentingan kelab eksklusifnya.

Bagaimana kepentingannya dipenuhi?

Toby akan menjual kepadanya tiga orang gadis cantik pada setiap bulan.

Tapi dari mana Toby mendapatkan gadis-gadis cantik itu?

Alarik tak pernah mengambil tahu tentang hal itu. Setiap gadis yang dibelinya akan dilayan dengan baik, diberi makan, minum dan segala keperluan yang diperlukan mereka. Dan selalunya gadis-gadis itu akan berasa sangat bersyukur dengan ihsan yang dia berikan kepada mereka.

Sehinggalah tiba suatu ketika, entah di mana silapnya, Toby telah menjual kepadanya seorang gadis yang kecantikannya mengalahkan bidadari syurga dan tak pernah dalam kehidupan Alarik dia berasa dia akan mendapat keuntungan yang sangat lumayan hanya dengan menggunakan kecantikan gadis itu.

Tetapi...

Gadis itu tak mahu menyerahkan dirinya kepada Alarik. Bukan itu saja, dia nekad mahu melarikan dirinya daripada tempat itu walaupun bermacam benda yang telah Alarik berikan kepadanya.

Gadis itu tak bersyukur dengan apa yang diterimanya.

Dan suatu hari, gadis yang sangat degil dan perilakunya tak ubah seperti samseng telah membuat kekecohan dalam kelabnya.

Kekecohan yang hampir membuatkan kelabnya dibankrapkan oleh seorang anak usahawan yang kaya raya.

Jadi, tak mahu bisnesnya hancur, dia terpaksa melakukan sesuatu yang sangat berat hendak dilakukannya.

Iaitu menjual gadis cantik jelita itu kepada jejaka yang mahu membankrapkan bisnesnya.

No comments:

Post a Comment