Copyrighted DeadRoseRealm

Tuesday 8 March 2016

Panggilku Dara::2

_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________


"Isaiah," bahunya dipegang dari belakang, terus jejaka tampan itu melarikan pandangannya yang telah jauh tersasar kepada rakannya yang berada di belakang.

"Hmm?" terlukis tanda tanya pada wajah Isaiah yang manis saat bibirnya mengeluarkan pertanyaan itu.

Dayyan menepuk bahu Isaiah beberapa kali kemudian dia tergelak kecil. "What's wrong with you Muhammad Isaiah Aisy? Cat caught your tongue huh?"

Isaiah segera tersedar daripada alam fantasinya lalu tangan Dayyan yang berada di bahunya dijatuhkan perlahan. Sejak bila dia boleh mengelamun tanpa hala tuju ini? Hanya kerana jelingan gadis bermata galak itu kepadanya, lidahnya jadi kelu.

"Apa kau merepek ini Dayyan? Sudahlah, tadi kata ada practice kan petang ini? Macam biasa ke?" Isaiah menepis saja sindiran berbaur jenaka yang diberikan Dayyan kepadanya tadi. Dia melangkah kembali ke arah kumpulan rakan-rakan lelakinya yang memenuhi ruang di hadapan bilik kuliah. Mujur Pensyarah telah pun beredar dari bilik itu kalau tidak pasti mereka akan ditegur Pensyarah yang umurnya hampir setengah abad itu kerana mengganggu laluan pelajar dan Pensyarah di situ.

"Ya, macam biasa. Sejak bila kau amnesia ni Isaiah? Takkan baru tengok bidadari kayangan kau dah jadi pelupa?" usik Dayyan sambil menyenggol mesra bahu teman baiknya. Bukan senang nak tengok Isaiah renung seorang gadis lama begitu tambah-tambah seorang gadis yang tidak bertudung.

Isaiah beristighfar, pantas wajahnya diraup, seakan kesal dengan keterlanjurannya menatap keindahan ciptaan Maha Besar sebentar tadi.

"God, I didn't mean to. Aku tak sengaja tengok dia—"

"Relakslah Isaiah. Aku saja je. Bukannya ada apa pun. Alah kau ni, gertak sikit pun dah takut. Lagipun dah perempuan tu memang pergh, aku tak tahu nak kata dia cantik ke, cun ke, menggoda ke atau haihh," Dayyan menggeleng-geleng kepalanya seolah kebuntuan idea sebelum menyambung kembali apa yang mahu dikatanya, "—aku rasa dia memang bidadari yang terjatuh dari kayangan. Cantik sampai macam tu sekali. Bergetar tulang rusuk aku," dadanya diurut buatkan Isaiah mencepuk belakang badannya. Terlalu dramatik.

"Semua perempuan cantik kau kata buatkan tulang rusuk kau bergetar. Repentlah wahai sahabat," sindir Isaiah kemudian meninggalkan Dayyan yang lambat berjalan di belakangnya.

"Apa yang kau riuhkan dengan Dayyan, Isaiah? Sampai ke sini kita orang boleh dengar," sampai saja ke dalam kelompok kumpulan mereka, Isaiah terus ditembak soalan itu oleh Firash.

Yang lain juga turut sama memandang ke arahnya, menagih jawapan yang mereka mahukan. Isaiah mengetap bibir, agak sebal dengan suara Dayyan yang kuat apabila berkata-kata. Kini kesemua rakan mereka dapat mendengar apa yang dibualkan mereka tadi.

"Tak ada apa-apa. Korang tahulah mulut Dayyan ini bila bercakap, macam-macam yang terkeluar."

Dayyan mendengus bila mendengar balasan Isaiah. Memang Isaiah benar-benar mahu sembunyikan perbuatannya yang merenung anak dara orang tanpa berkelip. Nasib tidak meleleh liur saja! Isaiah ini menjaga sangat pandangan matanya. Tidak salah kalau sekali sekala mahu menjamah keindahan yang bertaburan di muka bumi ini. Lagipun sudah tertulis itu adalah rezeki Isaiah pada hari ini, maka mahu tidak mahu Isaiah tetap akan dapat 'rezeki' itu.

"Ni ha, gay boy kita dapat rezeki hari ni tapi dia nak menolak rezeki tu. Korang tahulah gay boy kita ni macam mana kan?" tanpa rasa bersalah Dayyan memberitahu. Dia hanya buat muka toya dengan renungan tajam yang dilemparkan Isaiah kepadanya.

Gerun memang gerun bila direnung tajam oleh mamat alim itu tetapi sekali sekala dia mahu Isaiah relaks bila berbicara soal perempuan. Isaiah terlalu mengawal pandangan matanya sejak dia menganut islam sehingga risau Dayyan yang selalu berada di sisi Isaiah.

"Rezeki apa yang kau tengah katakan ni Dayyan?" soal Arik bosan. Dia juga sependapat dengan Isaiah yang mengatakan Dayyan suka bercakap sesuka hatinya. Kalau buka mulut je, ada saja benda mengarut yang akan terkeluar daripada mulut kawan mereka itu.

Dayyan menepuk tangannya kemudian menggosok tangannya buat beberapa kali. Tak sabar dia hendak membuka cerita panas yang mengetengahkan Isaiah sebagai heronya. Pertanyaan Arik tadi menjadi dorongan kepadanya untuk terus berstory kisah yang menjadi perbualannya dengan Isaiah tadi.

"Korang kenal tak perempuan yang bermata cantik itu?" tanya Dayyan tiba-tiba. Alah, sebenarnya dia sengaja menyoal soalan itu. Itu hanyalah sebagai pembuka katanya saja.

Amir mengangkat tangannya, wajahnya seakan bersinar terang macam jawapan untuk soalan Dayyan sudah diperolehinya.

"Maribel? Adara Maribel?!" tebaknya sambil terloncat-loncat. Mungkin terlalu suka kerana nama gerangan yang mempunyai sepasang mata yang cantik itu diketahuinya.

Firash, Arik, dan Isaiah berpandangan sesama sendiri melihat reaksi Amir yang terloncat seperti kera mendapat bunga itu. Hanya kerana sebaris nama, Amir jadi macam itu?

Dayyan mengetik jarinya, bibir menarik senyuman paling lebar.

"Pergh, powerlah kau Mir. Tak sangka kau kenal perempuan tu!"

Amir membetulkan kolar bajunya, seakan bangga dengan pujian yang diberikan Dayyan.

"Macam mana tak kenal, aku kan selalu lepak dekat library. Adara tu memang akan selalu ada dekat library. Tu macam dah jadi spot kegemaran dia. Sejak freshie lagi muka cantik dia tu akan ada dekat library. Korang ni memang takkan kenal dia lah. Kaki sukan. Adara tu kaki buku je, memang dia takkan pernah jejak kaki dekat padanglah nak tengok korang bermain," cerita Amir bersemangat.

Bila sebut saja nama Adara, memang dialah yang paling bersemangat nak bercerita tentang perempuan itu. Mungkin sebab Adara pernah jadi tutor tak berbayar dia yang buatkan dia begitu hormat akan Adara. Kerana Adaralah dia lebih faham akan konsep kimia yang dipelajarinya. Setakat baca buku otak dia memang takkan boleh nak hadam tetapi nasib baik Adara sudi mengajarnya.

"Oh jadi kau dah hari-harilah dapat rezeki? Kau tahu tak Isaiah baru dapat rezeki nak tengok si Adara tu hari ni tapi dia dah tolak mentah-mentah. Dasar gay boy betul," kutuk Dayyan dengan hidung sengaja dikerutkan.

"Eh kau ni Dayyan, nak aje aku hempuk kepala kau dekat dinding," Firash acah-acah mahu menarik kepala Dayyan untuk dihempuk ke dinding buatkan Dayyan terus berlindung di sebalik badan Amir. Mana dia tak angin, mulut Dayyan ini memang jenis yang tak boleh dikawal. Cakap main lepas saja, tak melihat ke kiri atau kanan.

Isaiah tak melayan Adara pun Dayyan nak kecoh sampai macam itu sekali. Macamlah hanya Adara seorang gadis yang cantik dalam universiti itu.

"Hisy, lawa sangat ke perempuan tu Dayyan yang kau terkinja-kinja sampai macam ni sekali? Macam tak ada perempuan lain yang lagi lawa je. Tu, awek kau yang namanya Shasha tu, bukan ke kau kata dia lawa macam Megan Fox? Megan Fox tu tak cukup cantik ke bagi kau sampaikan kau kata Adara ni lagi cantik?" kedengaran suara Arik komen, tidak puas hati kerana Amir dan Dayyan asyik memuji kecantikan Adara di depan mereka.

Iya-iya je cantik si Adara itu. Bukan boleh dipercayai sangat mata Dayyan dan Amir itu.

"Kalau kau tengok Arik, confirm sebulan gila bayang." Getus Amir tetapi tidak didengari oleh rakan-rakannya.



Isaiah, Arik dan Dayyan


Written by,
Dead Rose






No comments:

Post a Comment