Copyrighted DeadRoseRealm

Saturday 12 March 2016

Bab 3|| Terjumpa kekasih lama

_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Retrograd Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________


"Is this okay? Or you want to cut them off?" soal hair stylist lelaki itu. Rambutku yang panjang menutupi keseluruhan wajahku apabila dia membawa rambutku ke hadapan.

"Cut them but not all of them. Leave it short, just above her eyes but don't too short though. Argh, pening kepala aku nak style rambut Emma ni," Jeremy merungut. Melalui celahan rambutku, aku dapat melihat wajahnya berkerut bosan membuatkan aku tertawa kecil.

"Apa yang lawaknya Emma?" gerutu Jeremy bila mendengar aku ketawakannya.

Aku cuma menggeleng, tidak mahu menjawab pertanyaannya. Aku masih lagi terasa dengan sikapnya malam semalam. Soalanku tentang gadis bernama Elle tidak diendahkan Jeremy sebaliknya dia pergi mengurung dirinya di dalam biliknya, meninggalkan aku seorang diri untuk menghabiskan makan malam tanpa ada sesiapa yang menemani.

Apa yang membuatkan Jeremy bersikap begitu? Hanya kerana aku bertanya tentang Elle, dia mahu bermasam muka denganku. Atau mungkinkah Elle ialah bekas teman wanitanya jadi dia tersinggung bila aku membangkitkan nama bekas teman wanitanya?

Pagi ini, setelah bersarapan, Jeremy mengajakku pergi membeli belah. Aku malas nak bersoal banyak dengan permintaannya jadi aku ikutkan saja apa yang dia mahukan bila melihat moodnya pada pagi ini ceria berbanding semalam. Mungkin dia dah lupakan apa yang berlaku pada malam semalam.

Selesai membeli barangan untukku, dia membawaku ke sebuah salon milik rakan baiknya. Bila ditanya apa tujuan kami ke situ, Jeremy memberitahuku dia mahu mengubah gaya rambutku. Sudah hampir empat bulan aku terlantar, rambutku makin memanjang dan dia mahu melihat diriku yang 'baharu'.

Maksud Jeremy mahu melihat diriku yang baharu adalah, like, the new me. Ya, aku yang baharu. Semuanya 'baharu'. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Katanya penampilanku yang dulu mengingatkan dia tentang kecelakaan yang menimpa diriku dan dia tak suka bila dia teringat kembali perkara buruk yang berlaku ke atas diriku. Jadi dia mahu kesemua tentang diriku berubah.

"Don't worry Jay. I know what to do with her beautiful hair. For the front, we could make it bangs and for the rest we could leave it or make it wavy. Whatever you want on her could be done,"  hair stylist itu bermain-main dengan rambutku seolah aku ini sebuah boneka di salonnya. Nak saja aku cubit tangannya tetapi aku cuma mengeraskan tubuhku daripada bertindak.

Jeremy memandangku yang berasa semakin tidak selesa kerana sudah agak lama aku duduk di atas kerusi ini. Aku seperti tidak dapat merasai pinggulku. Kalau hair stylist itu tak ada di depanku, dah lama aku menghenyak-henyak pinggulku di atas kerusi yang boleh dipusingkan ini. Bukan setakat menghenyak, sekali dengan meloncat sekali.

"Do whatever you see fit on her. Kalau I berpuas hati, you dapat payment tapi kalau tak...you faham-faham sendirilah," balas Jeremy lalu meninggalkan aku sendirian dengan hair stylist yang dah tak sabar-sabar nak mengerjakan rambutku.

"Okay doll, let's see what magic we should cast on your hair," hair stylist itu berkata dengan suara yang mengujakan dan sebaris senyuman diberi kepadaku.

Alahai, teruja betul dia nak main dengan rambut aku. Harap-haraplah dia benar-benar profesional macam yang diberitahu Jeremy.

Dua jam empat puluh lima minit kemudian...

"Doll, wake up girl!"  pipiku terasa dicucuk lembut dengan sesuatu buatkan aku terus terjaga daripada lenaku. Aku tak sedar sejak bila aku tertidur dan usai aku buka mata saja, stylist yang bernama Larry itu dah terpacak di depanku dengan sikat rambut.

"Nasib baik menjadi, kalau tak I tak dapat payment hari ni!" rungut Larry kemudian dia terus ke belakangku. Rambutku tiba-tiba disisirnya menggunakan sikat yang berada di tangannya tadi.

"You kena jaga rambut ni macam you jaga telefon baru you! Jangan ikat atau sanggul rambut you nanti cepat rosak. Dan selalu-selalulah sikat rambut you okey. Barulah rambut you mengancam kebaboom gitu!" begitu bersemangat Larry memberit tip-tip menjaga rambut kepadaku sehinggakan tangannya tergawang-gawang di udara.

Aku mengangguk saja mengiakan semua yang dia katakan. Patutlah rasa semacam saja rambutku rupa-rupanya Larry dah selesai mengubah rambutku. Aku cuba menyentuh dahi yang terasa gatal namun tanganku terus ditepis Larry. Wajahnya yang riang tadi dah berubah mencuka.

"Jangan rosakkan bangs itu! Penat I buat tahu tak?" bebel Larry.

"Tapi dahi saya rasa tak selesalah Larry..." aku menjuihkan bibir untuk meraih simpati Larry agar dia membenarkan aku untuk menyentuh bangs yang dah penat-penat dia bentukkan.

Larry mendengus. Aku memejam mata bila sikatnya mendekati dahiku. Aku fikir dia nak menghempuk dahiku dengan sikat itu tetapi rupanya dia sekadar mahu menyikat bangs aku. Terasa bangs itu terangkat ke atas, menyejukkan dahiku yang tersorok dengan rambut tadi.

"Cepatlah selesakan dahi you itu," arah Larry dengan wajah yang dah kurang mencuka.

Aku tersengih dan segera menggosok-gosok dahi yang terasa gatal dan berpeluh.

"Dah." Kataku bila dahiku dah hilang rasa kurang selesanya. Mana tak rasa kurang selesa, ada sisa-sisa rambut yang digunting tadi melekat pada dahiku.

"You ni kan Emma, I rasa you ni ada mirip dengan seorang modellah. Tapi bila dah tukar gaya rambut, you jadi lain sikit. Lagi cantik," komen Larry tiba-tiba.

Aku mengerutkan dahi dan rasa nak ketawa pula bila Larry komen aku macam itu. "Saya mirip model? Model pun tak nak rupa macam saya, Larry. Baik awak tarik balik pujian awak tadi. Saya bukannya cantik pun."

"Betullah—"

"Yes you are beautiful. Beautiful that not even words in this world could describe your beauty." Muncul satu suara asing dari belakangku, memintas kata-kata Larry.

"Tuan Adel! What are you doing here?" Larry terus tinggalkan aku untuk menegur seorang lelaki kacak yang cuma memakai sweater berwarna hijau lumut dan berseluar khaki hitam.

"Just passing by, tapi tak sangka terjumpa dengan kekasih lama," sinis jejaka itu berkata sambil menjelingku dari dalam cermin yang ketika itu memang sedang dipandangku.

Aku merenung jejaka itu dalam-dalam, cuba mengingati jika wajahnya berada di dalam memoriku. Tiada. Jadi mengapa dia berkata begitu kepadaku walaupun aku tak mengenali dia?

"Kenapa sayang? Dah lupakan saya? Iyalah, dah get back dengan Jeremy kan? Tapi ingat, saya tak ceraikan awak lagi. Jangan fikir awak boleh terlepas macam itu saja. Masih banyak yang belum selesai antara saya dan awak," katanya lalu berlalu pergi meninggalkan aku dan Larry terpinga-pinga dengan kata-katanya.

"You ex dia ke Emma?" soal Larry selepas beberapa kali menggeleng kepalanya.

Aku memusingkan badan ke arah Larry yang berada di belakang, kedua tangan disilang ke dada.

"Awak rasa saya kenal dia ke?" soalku pula dengan wajah sebal.

Larry menjongket bahunya, "Entahlah. Kalau tengok muka you sekarang, memang I akan cakap you tak kenal dia tapi, iyalah, perempuan cantik, kalau dah dapat yang lebih berharta, orang yang dikenali pun dibuat macam orang asing,"

Entah kenapa aku terasa sangat dengan balasan Larry itu.

No comments:

Post a Comment