Copyrighted DeadRoseRealm

Sunday 13 March 2016

Panggilku Dara:: Alternate Chapter 4

_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________


"Miss?" dia menggoyang bahu gadis yang sedang nyenyak tidur itu perlahan, sekadar mahu gadis itu terjaga dari lenanya. Dia tidak berniat apa-apa terhadap gadis itu, cuma mahu gadis itu sedarkan diri kerana tempat yang gadis itu jadikan spot untuk tidur adalah tempatnya dan rakan-rakannya melepak lepas tamat latihan ragbi.

Semua pelajar di institut itu dah maklum dengan spot dia dan rakan-rakannya bila berada di padang. Sesiapa yang sering ke padang akan mempunyai tempat mereka yang tersendiri. Mereka akan menanda tempat itu dengan mengukir atau meletakkan sesuatu pada tempat itu untuk menunjukkan tempat itu dah berpunya atau dalam kata lain dah dimiliki.

Dan di padang itu terdapat sebatang pokok yang sangat rendang dan sering berbunga lebat. Pokok yang dihiasi dengan bungaan cantik itu terletak di barat daya padang. Kawasan barat daya padang memang agak tersorok daripada pelajar-pelajar lain kerana itulah tempat itu menjadi tempat kegemarannya dan rakan-rakannya.

Mereka tidak menanda kawasan itu kerana pelajar lain memang dah sangat maklum yang tempat itu adalah kawasan mereka. Takkan ada sesiapa yang berani menceroboh kawasan TRBs melainkan mahu dicorner oleh TRBs.

The Rugby Boys.

Bagaimana nama itu boleh melekat dengan mereka, dia tak pasti tapi tahu-tahu saja rata-rata pelajar di institut itu menggelar mereka dengan gelaran TRBs.

"Macam mana boleh ada perempuan dekat sini? Ini sah kerja Dayyan!" getus Firash sambil mencabut topi SWAG yang dipakainya secara terbalik dari kepalanya dan menghempas topi tersebut ke atas rumput. Geram sungguh bila melihat ada orang asing yang berani menceroboh kawasan lepak mereka. Dan yang paling menyakitkan hatinya, perempuan pula itu!

Perempuan itu tak tahu ke kawasan itu milik siapa?! Kawasan itu milik TRBs!

"Perempuan, bangunlah!" suara garau Arik kedengaran mengejut gadis yang masih nyenyak tidur pada batang pokok mereka. Arik yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang kurang sabar dan tak sukakan orang asing begitu ketara terserlah apabila ada yang menceroboh masuk kawasan mereka.

Amir dan Dayyan yang baru saja tiba di kawasan mereka, terhenti bergelak ketawa bila melihat ada orang asing yang sedang nyenyak tidur di situ. Terus Amir menyimpan buku yang berada di tangannya ke dalam beg, manakala Dayyan pula menyinsing lengan panjang t-shirtnya yang lencun dengan peluh hingga ke siku.

Mereka tahu gadis itu berada dalam bahaya, tambah-tambah melihat wajah Firash dan Arik yang memang tidak sukakan orang asing memasuki kawasan mereka tanpa meminta izin daripada mereka dahulu. Isaiah pula tak berbuat apa-apa, tetapi matanya sekali-sekala akan menyorot pada gadis itu meskipun berkali-kali dia berpesan kepada dirinya agar tak memandang gadis itu buat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Tetapi matanya tak mahu mendengar kata dan akhirnya dia terpaksa mengalah dengan kehendak perasaannya sendiri. Dia mahu melihat gadis itu.

"Macam mana dia boleh ada dekat sini?" soal Dayyan sambil mendekati rakan-rakannya dengan Amir di sebelah. Amir menyiku lengan Dayyan, muka berkerut kerana tak menyangka gadis itu boleh berada di padang dan paling mengejutkan, di tempat mereka!

Dayyan menjeling Amir dan menolak kawannya menjauhinya sedikit. Dahlah badan melekit dengan peluh, Amir pula mahu menyendeng sekali di sebelahnya. Semakin panas Dayyan rasakan!

"Entahlah Dayyan, tiba-tiba je dia dah ada dekat sini. Miss? Wake up miss," sekali lagi Isaiah cuba mengejutkan gadis itu setelah menjawab pertanyaan Dayyan.

"Kenapa kau cakap Inggeris dengan dia?" tanya Amir tiba-tiba. Dia jadi hairan dengan Isaiah. Dari hari pertama Isaiah perasan akan kehadiran gadis itu, dia asyik membahasakan gadis itu dengan gelaran 'miss'. Bukan lagi senang ke kalau panggil gadis itu dengan 'cik'?

"Err, aku rasa dia tak faham bahasa kita? Kan Firash, Arik?" kedua rakannya dipandang, meminta mereka agar menyokong pendapatnya tentang gadis itu yang tak memahami bahasa melayu, bahasa natif di negara ini.

Arik dan Firash berpandangan sebelum masing-masing menjongket bahu.

"Yeah, dia macam bukan orang sini. Mungkin transfer student?" sokong Firash. Ada benar juga pendapat Isaiah tentang gadis itu. Gadis itu bukan orang tempatan. Melihat wajahnya saja dah cukup untuk menebak gadis itu datang dari negara luar.

Amir menggeleng kepalanya, "Lol, transfer student? Betul ngek korang ni. Dia ni orang sinilah! Mestilah dia faham melayu. Habis itu, hari itu masa dia mengajar aku, cakap melayu fasih apa bendanya? Takkanlah aku bercakap dengan hantu dia pula?"

Dayyan menampar belakang kepala Amir, "Hantu jangan sebutlah sia. Dekat padang pula itu!" marah Dayyan dengan wajah cemberut. 'Benda' itu berada di mana-mana saja, tak kira pagi, siang, senja ataupun malam. Mulut celopar Amir kadang-kadang membuatkan mereka semua terjebak dalam masalah yang tak diingini.

"Aku bukannya sebut nama 'dia' pun yang kau nak marah aku tak tentu pasal!" bidas Amir. Jelingan tajam diberi kepada Dayyan kerana terlalu marahkan lelaki itu. Kelemahan Amir ialah, dia pantang bila orang menyentuh kepalanya. Memang dia melakukan kesalahan tapi janganlah sentuh kepalanya. Nak sentuh anggota lain tak ada masalah tapi kepalanya tak boleh. Di situlah segala ilmunya disimpan.

Isaiah, Arik dan Firash biarkan saja kedua rakan mereka bertekak sesama sendiri. Jangan masuk campur dalam pergaduhan kecil mereka nanti boleh melarat pula. Tapi betullah tindakan Dayyan yang memarahi Amir tadi. Memanglah Amir tak menyebut 'dia' tapi 'dia' itu pantang diseru, sepantas angin akan menjejaki mereka.

"Susah betullah dia nak bangun. Tidur mati ke apa?" getus Arik sambil menggaru hidungnya. Sebenarnya mahu saja dia bermain dengan rambut coklat gadis itu yang kelihatan begitu anggun dibuai angin yang tiba-tiba berlalu datang.

Terbit wangian sewangi lavender berseli dengan bauan manis seakan bau coklat  yang mengiurkan sesiapa saja yang terhidunya ketika angin itu menerbangkan rambut gadis itu.

Matanya berubah hitam sepenuhnya, rohnya seakan meronta-ronta mahu keluar daripada badannya tanpa dapat dia kawal. Dayyan, Amir, Arik dan Firash yang perasan akan perubahan Isaiah terus saja menerpa ke arah lelaki itu dan menolak kawan mereka terlentang ke atas rumput.

Dayyan membaca sesuatu lalu dihembus ke wajah Isaiah. Perlahan-lahan pupilnya mengecil, menampakkan kembali warna asli matanya.

Setelah pasti Isaiah berada dalam keadaan terkawal, Dayyan dan Arik melepaskan tubuh Isaiah dan mereka duduk bersebelahan Firash dan Amir.

Mereka berlima hanya memandang antara satu sama lain, tiada satu perkataan pun yang keluar daripada mulut mereka kerana terlalu terkejut melihat apa yang berlaku kepada Isaiah.

"'Dia' datang ke?" perlahan Amir bertanya, seolah takut apa yang disoalnya didengari benda yang sedang mereka bualkan.

Isaiah tak menjawab pertanyaan Amir, sebaliknya dia menoleh ke belakang apabila dia mengesan suatu pergerakan.

"Maaf, saya tak sengaja tertidur dekat sini," gadis bermata menggoda itu memohon maaf dan tak sempat Isaiah hendak membuka mulutnya, gadis itu terlebih dahulu melarikan diri ke dalam bangunan institut membuatkan Isaiah berasa sedikit terkilan.

"Rude," komen Arik sepatah, matanya menghantar gadis itu dengan jelingan tajam.

"Isaiah, apa yang kau nampak?" pertanyaan Dayyan berbaur curiga kerana tak pernah lagi dia dan kawan-kawannya melihat Isaiah jadi begitu pada siang hari. Selalunya pada waktu senja atau tengah malam, apabila jarum jam menunjukkan angka 12.

Isaiah mengeluh dan membawa kembali pandangannya ke arah kawan-kawannya. Begitu sukar dia hendak melepaskan pandangan matanya daripada gadis misteri itu. Jiwanya meronta-ronta mahukan gadis itu.

Perasaan apakah ini?

"Dia." Jawab Isaiah, teragak-agak. Dia sendiri tak pasti benar atau tidak apa yang dilihatnya.

"Apa maksud kau dia? Dia 'dia' atau dia yang lain?" Amir menekan pertanyaan Dayyan tadi dengan lebih mendalam, membuatkan Isaiah jadi serabut nak menjawabnya.

"Dia as in her! That girl, I saw her in my vision! Who is that girl and what is she doing here?!" tengking Isaiah dan pupilnya kembali mengembang, keseluruhan matanya kini berwarna hitam pekat. Tiada lagi sepasang mata berwarna kelabu cair miliknya.

Arik menjauhi Isaiah, bahunya berlaga dengan bahu Firash. Dia dah pernah menghadapi Isaiah dalam keadaan matanya bertukar warna dan Isaiah lebih agresif dalam keadaan itu. Akal warasnya tak boleh bertindak kerana dirinya dikawal oleh nafsu dan perasaannya yang sebenar.

Dayyan menghampiri Isaiah, pupilnya mengecil membentuk bentuk bujur yang tirus dan matanya tidak ubah seperti mata milik seekor ular berbisa.

"Control yourself Isaiah! Don't bring it out of you. We are in public!" desir Dayyan membuatkan Amir pula yang menjauhi dirinya. Kini hanya Isaiah dan Dayyan saja yang berhadapan sesama mereka. Arik, Firash dan Amir telah lama menjauhi mereka berdua.

"I want her! She is mine!" Isaiah berkata dengan suara yang lebih garau dan menakutkan, matanya bersinar memancarkan warna kehitaman yang begitu pekat.

Dayyan mencengkam kedua bahu Isaiah erat, mulutnya baru hendak membisikkan sesuatu dalam bahasa asing namun telinganya yang tajam lebih cepat menangkap ada bunyi pernafasan seseorang yang tidak teratur selain daripada bunyi pernafasan rakan-rakannya.

Dan jantung seseorang itu berdegup kencang. Dayyan tahu Isaiah juga dapat mendengar apa yang didengarinya kerana Isaiah kelihatan tercari-cari gerangan yang jantungnya berdegup tak sekata itu.

"Siapa itu?!" tanya Dayyan dengan nada yang tinggi. Tangannya masih lagi tak melepaskan bahu Isaiah. Kalau terlepas, ada yang tercedera kerana amukan Isaiah. Entah apa yang sedang berlaku ke atas Isaiah, Dayyan tak pasti tapi apa yang dia tahu, Isaiah tak pernah bertindak sebegitu lagi sebelum ini.

"Lepaskan aku! Dia milik aku!" Jerit Isaiah. Tangan Dayyan yang berada di bahunya cuba dicakar namun Dayyan lebih cepat bertindak. Dia menolak tubuh Isaiah ke sebatang pokok dan wajah lelaki itu ditekan rapat ke permukaan berkayu pokok itu.

"Kembalikan Isaiah atau aku akan tikam kau dengan kayu!" gertak Dayyan lalu tangannya mencapai sebatang kayu yang berada berhampiran dengan kakinya.

"Arik, asah kayu itu!" arah Dayyan sambil mencampak kayu itu kepada Arik.

Arik yang sememangnya faham dengan kehendak Dayyan segera mengeluarkan pisau lipat yang sering berada dalam poket seluarnya dan mula mengasah hujung kayu itu sehingga menjadi tajam. Tajam setajam sebilah pedang.

"Dara, apa awak buat dekat sini?!" terperanjat Amir apabila Adara tiba-tiba saja berada tak jauh daripada kawasan mereka. Dalam masa yang sama dia risau sekiranya Adara ternampak apa yang sedang berlaku di antara kawan-kawannya. Bagaimana kalau Adara memberitahu pelajar-pelajar lain tentang keanehan yang berlaku di hadapan matanya?

Badan Adara menggeletar, tangannya menggigil-gigil ketika dia nak menunjukkan sesuatu benda yang berada tak jauh daripada Isaiah dan Dayyan.

"B—buku saya," beritahu Adara dan Amir simpati melihat Adara yang matanya dah berkaca-kaca. Mungkin terlalu takut melihat apa yang sedang berlaku.

Isaiah cuba menolak tubuhnya daripada pokok itu apabila mendengar suara yang membuatkan perasaannya menjadi tak tentu arah.

"Isaiah! Kawal diri kau!" nasihat Dayyan dan tubuh rakannya kembali ditekan rapat ke batang pokok tersebut.

"Tolonglah, aku janji takkan sakitkan dia. Aku cuma nak, nak pastikan dia milik aku. Itu saja," rayu Isaiah kerana dia dah terlalu penat melawan Dayyan dan perasaannya yang begitu menginginkan gadis itu semakin menyeksa dirinya. Dia cuma nak gadis itu berada di depan matanya.

Dayyan merenung tajam wajah mendung Isaiah dan keluhan berat dilepaskan bila tiada tanda-tanda yang menunjukkan Isaiah akan memungkiri janjinya. Berharap sajalah Isaiah benar-benar memaksudkan apa yang dikatanya.

"Mir, bawa Dara ke sini," pinta Dayyan. Sudah lama dia tahu Adara adalah orang asing itu. Amir juga tahu itu ialah Adara cuma rakan-rakan mereka saja yang tak mengenali Adara.

"Kau biar betul Dayyan? Dibuatnya Adara kena makan hidup-hidup dengan Isaiah, kau nak menjawab dengan mak ayah Adara ke?" marah Amir tiba-tiba. Terkilan sungguh dia bila senang-senang Dayyan mahu menyerahkan Adara kepada Isaiah yang sedang dikuasai oleh dirinya yang satu lagi.

"Bawa jelah Mir! Kau nak Isaiah mati ke?!" naik satu oktaf nada suara Dayyan. Ditambah pula dengan bunyi desirannya buatkan Firash, Arik, Adara dan Amir semakin kecut perut.

Amir mendengus dan lantas Adara dihampirinya. Dia tiada pilihan lain selain daripada mengikut apa yang diarah Dayyan. Keselamatan Isaiah perlu diutamakan dari yang lain.

Adara berundur ke belakang, air matanya terus mengalir laju kerana takut dirinya diapa-apakan. Dia bukannya pekak, dia dengar semua yang dibicarakan oleh lelaki-lelaki itu jadi wajarlah kalau dia berasa nyawanya berada dalam keadaan terancam.

"Maafkan aku Dara," bisik Amir ketika merentap tangan Adara supaya mengikutinya.

"Apa kau nak buat ini Amir?! Lepaskan aku! Aku janji aku takkan beritahu sesiapa tentang hal ini! Aku janji!" Adara meronta-ronta dan dirinya menjadi semakin agresif apabila melihat dua orang lelaki turut menghampirinya.

"Tolong aku guys. Dia ni fighterlah," kedengaran Amir meminta tolong daripada Firash dan Arik yang sedang menuju ke arahnya.

Tanpa kata, terus Arik mengangkat tubuh Adara ke bahunya. Tidak diendahkan tangan Adara yang ligat memukul belakang badannya, meminta dia diturunkan.

"Perempuan, baik kau diam sebelum aku sumbat mulut kau dengan tanah," ugut Firash sambil menyalakan sebatang rokok. Kasihan memang kasihan melihat wajah gadis yang basah dengan air mata tetapi keselamatan Isaiah lebih penting buat mereka semua.

"TOLONG!" Adara menjerit kuat, ugutan daripada lelaki berambut spikes itu tak diendahkannya. Dia hanya mahu diselamatkan daripada sekumpulan lelaki gila yang sedang menangkapnya untuk dibawa entah ke mana.

"Aduh!" Adara menyeringai kesakitan bila tubuhnya ditolak ke sebatang pokok dengan kasar.

Isaiah menjeling Arik dan matanya kembali kehitaman. Kesabarannya terlalu tipis sehingga dia rasa dalam sekelip mata kepala dan badan Arik akan dipisahkan oleh sepasang tangannya.

"Cool man, cool. She is here and she is yours. We are not going to take her away," pujuk Dayyan sambil menggosok belakang badan Isaiah.

Isaiah menolak tangan Dayyan yang berada di bahunya dan dia mendekati Arik yang dah gentar dengan pandangan tajam matanya.

"You touch her again, I'll rip your head off your body!" bahu Arik ditolaknya sebelum dia mendapatkan gadis yang tersandar pada pokok itu.

Adara mengangkat kedua tangannya, esakannya makin kuat kedengaran. Dia tidak menyangka orang yang disukainya dalam diam kejam seperti itu! Kalau masa boleh diputarkan, tak akan sesekali dia cuba mengenali jejaka itu.

Isaiah merapati gadis itu, pupilnya masih lagi mengembang, menggerunkan sesiapa saja yang melihat. Patutlah Adara begitu gerun dengan dirinya.

Kedua tangan gadis itu dipegang, sebelah tangannya mengangkat dagu gadis itu.

Adara terkejut bila merasa renjatan elektrik pada tangan dan dagunya. Terus dia menolak tangan Isaiah menjauhi dirinya.

"What are you? You aren't human!" terpacul kata-kata itu dari bibir Adara. Bibirnya terketar-ketar bila Isaiah mendekatinya.

Isaiah meletakkan kedua tangannya disisi gadis itu, memerangkap Adara dengan tubuhnya.

Bagaimana dia nak menjelaskan duduk perkara yang sebenar kepada Adara kalau reaksi Adara terhadapnya seperti itu? Belum lagi dia memberitahu Adara yang dia boleh berpisah daripada jasadnya dalam keadaan sedar.

"Let me go, please. Saya janji takkan beritahu sesiapa tentang hal ini," pinta Adara dan sekali lagi kedengaran esak tangisan gadis itu.

Isaiah mencengkam permukaan berkayu pokok yang dipegangnya, bibirnya terus mendarat pada rambut Adara. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin, mahu deria baunya hanya dipenuhi dengan bauan yang dikeluarkan rambut Adara.

Adara pula tak berani nak bergerak bila dilakukan begitu oleh Isaiah. Dibuatnya Isaiah mencabut kepalanya, habis tamat riwayatnya dalam sekelip mata. Kalau dengan Arik pun Isaiah boleh buat begitu, apatah lagi terhadap dirinya yang tak bermakna apa-apa kepada Isaiah.

Bila dirasakan dirinya kembali tenang, baru Isaiah menjauhi Adara.

Adara terpempan sekali lagi bila melihat sepasang mata kelabu milik Isaiah. Dah terlalu lama dia ingin merenung mata Isaiah dari jarak dekat dan hari ini permintaannya dikabulkan. Lidahnya kelu tak mampu berkata-kata.

"Hello, mate." Tegur Isaiah sambil tersengih nakal.












No comments:

Post a Comment