Copyrighted DeadRoseRealm

Monday 21 March 2016

Sinopsis Lá Paradise II

_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Lá Paradise Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________



Lá Paradise.

Acap kali dia mendengar nama kelab eksklusif itu meniti di bibir muda-mudi tetapi dia tak mengambil kisah akan kelab yang menjadi tumpuan anak muda sebayanya.

Sehinggalah satu hari, dia diculik, dikurung, dilayan bagai binatang oleh lelaki bernama Toby tanpa sebab.

Kehidupannya direntap daripada keluarganya dalam sekelip mata. Secara tiba-tiba.

Dia fikir kehidupannya akan tamat di dalam sel yang didudukinya, tetapi takdir telah membawanya ke laluan yang lebih menyeksakan.

Dia dijual oleh Toby kepada seorang lelaki yang memiliki sebuah kelab dan kalau itu tak cukup untuk membuatkan dia berasa kehidupannya baru saja dicampak ke dalam neraka dunia—

Dia dipaksa untuk menjadi pelayan atau nama khasnya, Geisha.

Kerana paksaan itu, dia menjadi seorang yang tak boleh dikawal dan segala kemewahan yang dilimpahkan kepadanya oleh pemilik kelab itu langsung tidak dipedulikan.

Sehingga suatu masa, dia tersilap langkah, mencari gaduh dengan salah seorang pelanggan di Lá Paradise dan akibatnya, dia sekali lagi dijual, iaitu kepada pelanggan yang telah dilayaninya dengan teruk dan biadab.

Dan itu bukan penamat kepada Lá Paradise.

Sunday 20 March 2016

Sinopsis Lá Paradise

_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Lá Paradise Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________


Lá Paradise.

Untuk muda-mudi yang bersifat hedonisme, memang Lá Paradise adalah tempat yang sangat sesuai untuk berhibur. Tak perlu mencari teman menari, anda akan mendapat seorang yang sanggup menemani dan melayan anda untuk sepanjang malam.

Tak kisah anda seorang lelaki atau perempuan, anda akan diberikan layanan yang sangat memuaskan.

Pemilik Lá Paradise, Alarik mendapatkan khidmat Toby untuk kepentingan kelab eksklusifnya.

Bagaimana kepentingannya dipenuhi?

Toby akan menjual kepadanya tiga orang gadis cantik pada setiap bulan.

Tapi dari mana Toby mendapatkan gadis-gadis cantik itu?

Alarik tak pernah mengambil tahu tentang hal itu. Setiap gadis yang dibelinya akan dilayan dengan baik, diberi makan, minum dan segala keperluan yang diperlukan mereka. Dan selalunya gadis-gadis itu akan berasa sangat bersyukur dengan ihsan yang dia berikan kepada mereka.

Sehinggalah tiba suatu ketika, entah di mana silapnya, Toby telah menjual kepadanya seorang gadis yang kecantikannya mengalahkan bidadari syurga dan tak pernah dalam kehidupan Alarik dia berasa dia akan mendapat keuntungan yang sangat lumayan hanya dengan menggunakan kecantikan gadis itu.

Tetapi...

Gadis itu tak mahu menyerahkan dirinya kepada Alarik. Bukan itu saja, dia nekad mahu melarikan dirinya daripada tempat itu walaupun bermacam benda yang telah Alarik berikan kepadanya.

Gadis itu tak bersyukur dengan apa yang diterimanya.

Dan suatu hari, gadis yang sangat degil dan perilakunya tak ubah seperti samseng telah membuat kekecohan dalam kelabnya.

Kekecohan yang hampir membuatkan kelabnya dibankrapkan oleh seorang anak usahawan yang kaya raya.

Jadi, tak mahu bisnesnya hancur, dia terpaksa melakukan sesuatu yang sangat berat hendak dilakukannya.

Iaitu menjual gadis cantik jelita itu kepada jejaka yang mahu membankrapkan bisnesnya.

Saturday 19 March 2016

C R E A T U R E S

Copyright © 2016 Creatures Rozaline. All Rights Reserved.

_________________________________________

"We're going back," kata Aunt Karen dan kereta yang baru nak masuk ke kotak parking diundur, terus dengan mendadak Aunt Karen swerved keretanya dan kami kembali berada di atas jalan, kereta bergerak menjauhi Kafe Aiskrim.

Sunglasses dibetulkan dan wajahnya kelihatan lebih pucat daripada biasa. Steering kereta dipegang lebih erat sehingga tulang-belulang penumbuknya kelihatan. Tak cukup dengan itu, Aunt Karen menambah had kelajuan kereta buatkan aku dan Aaron menyandarkan tubuh kami ke kusyen kereta dengan lebih dalam, dan mungkin aku dan Aaron fikirkan perkara yang sama

Kami rela ditelan masuk ke dalam perut kusyen daripada menyaksikan kereta yang dipandu Aunt Karen terbabas dengan kenderaan pacuan empat roda yang lain.

"Karen will you slow down? You're gonna kill us!" marah Aaron dan aku lihat dia semakin erat memegang tali pinggang keselamatannya seolah-olah nyawanya bergantung kepada benda yang tak bernyawa itu.

Cakap orang lebih, aku pun sama naik aje. Buktinya aku sendiri terpandang wajahku dari cermin sisi kereta dan reaksi wajahku lebih teruk daripada Aaron. Dengan rambut mengerbang dan mata bagai hendak tercabut keluar daripada soketnya, aku juga sedang memegang tali pinggang keselamatan dengan seerat-eratnya.

"I can't Aaron! He will catch us and I don't want him anywhere near me or any of us!" balas Aunt Karen dan sekali lagi dia memusing steering kereta dengan tajam, sehinggakan tayar kereta yang dinaiki kami berdecit kuat.

Aku berpaling ke cermin belakang kereta untuk melihat jika ada sesiapa yang mengekori kami.

Dahiku berkerut, "Karen, bertenang okey? Mana ada sesiapa yang nak tangkap kita. Tarik nafas dalam-dalam—"

"Hah! Karen tak perlukan oksigen untuk teruskan kehidupan. Selama 250 tahun Karen hidup, never once in my life I breath in oxygen to keep myself alive. Pathetic human being, they need air for living! When are both of you going to change? Aaron, kau 20 tahun kan? Kenapa masih tak transform? Where are your fangs? Did you hide it from your little sister??"  soal Aunt Karen, membuatkan Aaron memandangnya tajam.

Aku terpempan, "250 years old? Fangs? What are you talking about? Aaron, what is she talking about?" tak mengerti, aku mendesak Aaron supaya menerangkan duduk perkara yang sebenar kepadaku dengan lebih jelas.

Adakah Aunt Karen mengalami masalah jiwa yang membuatkan dia selalu bercakap perkara yang karut-marut? Dan aku juga mula berfikir yang mungkin saja otakku dah tak center kerana dah berapa kali aku ternampak benda yang pelik-pelik dan juga menakutkan.

Baru sehari meluangkan masa dengan Aunt Karen, dah bermacam-macam benda pelik yang aku nampak.

Dalam sehari bermacam perkara yang berlaku.

Jadi apa yang akan berlaku untuk hari-hari yang seterusnya? Bukankah aku dan Aaron akan menetap di rumah Nenek Bea sehingga...

Sehingga bila?

Papa dan mama tak pernah beritahu sehingga bila kami perlu menumpang di rumah Nenek Bea. Mereka cuma mengarah kami supaya pergi ke sebuah petempatan yang bernama Wilayah Ambrogio dan cari alamat rumah nenek kami. Itu sahaja.

"Don't listen to her Aurel. She is trying to messing with your mind," balas Aaron tanpa teragak-agak.

Aunt Karen ketawa, ketawanya mengilai dan sepertinya dia sedang cuba mengawal perasaan marahnya.

"Kau tahu kan Aaron, harinya semakin menghampiri. Sama ada dia seperti kita atau dia ialah Dewi Laut, Dewi Penggoda atau whatever they were called by. Haih, tak sabarnya aku nak mengalami saat-saat Effie transform into her new self," Aunt Karen ketawa kecil, kepalanya digeleng seolah apa yang dikatanya adalah sebuah jenaka.

Aku yang berada di belakang mula berasa tak sedap hati. Betul kata Aaron, Aunt Karen memang sengaja nak kusutkan fikiranku. Tetapi apa motif dia nak bermain dengan mindaku? Aunt Karen aku lihat seperti seorang wanita yang baik-baik saja. Dan dia nampak normal.

Hampir normal.

"Karen, dia tak tahu. Baik kau diam. Belum tiba lagi masanya untuk dia tahu tentang semua itu. If we tell her now, she will freak out. She can't handle it so better you shut your mouth and drive us back to Grandma Bea's house as fast as you can. Malam semakin menjelma dan aku tak nak dia berada di luar rumah bila semua makhluk itu keluar dari tempat mereka, damn, kau tak beritahu makhluk jenis apa yang turut tinggal bersama kita dalam kawasan ni! Damn, damn, damn!" Aaron meramas rambutnya dengan wajah penuh kerisauan.

Sementara aku?

Mata membuntang, mulut ternganga dan mujur tiada lalat yang terbang memasuki mulutku.

Cara Aaron bercakap dengan Aunt Karen seolah-olah mereka telah lama mengenali antara satu sama lain.

"Ha! Alang-alang kau dah tanya, biar aku senaraikan untuk kau jenis makhluk yang turut tinggal di kawasan ni. Bermula dengan vamp—"

"Diamlah Karen! Bukan sekaranglah kalau kau nak beritahu pun. Aurel ada kat belakang kut!" sampuk Aaron dan seketika dia memandangku melalui cermin sisi kereta.

Aku hanya memandang Aaron tanpa riak. Konon nak berahsia sangat. Aaron pun otaknya dah tak center, sama macam aku. Semua ini sebab Aunt Karen, mulutnya yang suka bercakap tentang perkara mengarut, fantasi dan makhluk yang hampir disebutnya tadi...

Ingat aku blur sangat tak tahu apa yang dia nak cakap?

Vampire kan??

Duh, itu bedtime story lah. Dulu mama dan papa suka bercerita tentang makhluk itu sebelum aku ditidurkan. Keluargaku memang aneh. Selalunya parents bercerita kisah dongeng fantasi seperti cerita Puteri Beradu, Puteri Salji, Rapunzel, Cinderella, Pinocchio, Puteri Duyung dan sebagainya tapi mama dan papa lain, mereka bercerita tentang sejarah kejadian vampire atau nama klasiknya pontianak.

Ya, ya PONTIANAK.

Pastikan makhluk Pontianak atau nama modennya Vampire tak berada di luar jendela bilik atau rumah anda. Tetapi kadang-kadang, makhluk itu jenis tak tahu adab, pandai-pandai mencelah masuk ke dalam kediaman manusia. Kalau makhluk itu berada dalam rumah, pastikan anda mempunyai pisau kayu.

Pisau yang diperbuat daripada kayu semata-mata dan pastikan hujungnya tajam seperti hujung mata pedang.

Makhluk itu paling gemar duduk bersembunyi di bawah katil kerana dia akan menyelinap masuk ke dalam mimpi kita usai kita tertidur. Kata mama, makhluk itu suka memberikan gambaran ngeri dalam mimpi manusia.

Gambaran yang sengeri-ngerinya dan kata mama lagi, apa saja yang makhluk itu lakukan kepada kita semasa berada dalam mimpi, akan turut terjadi dalam dunia realiti.

Aku tak faham. Ketika itu aku cuma berusia lapan tahun dan cerita mama dan papa memang berjaya menakutkan aku. Setiap kali aku masuk ke bilik, aku akan mengintai ke bawah katilku dahulu untuk memeriksa sama ada makhluk itu ada ataupun tidak di bawah katilku.

Aku tak nak mengalami mimpi buruk.

Mama beritahu vampire tak menakutkan tetapi makhluk itu teramatlah cantik dan mengagumkan.

Bila mama cakap macam itu, aku bertanya, 'Adakah mama dan papa juga makhluk itu?'

Aku ingat lagi reaksi mereka bila soalan itu terpacul dari bibirku. Mama kelihatan gementar, papa pula tergamam.

'Kenapa Aurelia tanya macam itu?' soal mama, masih gementar.

Aku ketika itu masih lagi seorang kanak-kanak yang suka mendengar cerita jadi tanpa menghiraukan reaksi mereka aku teruskan apa yang ingin kukatakan.

'Sebab mama dan papa cantik dan mengagumkan,' balasku dan tanpa menunggu balasan dari mama aku terus keluar daripada bilik tidurku untuk pergi mengganggu Aaron yang berada di biliknya.

Jadi sedikit sebanyak aku dah tahu juga tentang makhluk vampire itu kerana mama dan papa yang mendedahkan tentang mereka kepadaku.

Tapi aku tahu, itu semua sekadar cerita dongeng yang diuar-uarkan mama dan papa. Makhluk itu tak wujud jadi aku boleh tidur dengan tenang tanpa perlu memikirkan vampire akan menyelinap masuk ke dalam mimpiku.

"We are here and get your sister out of my car. You freaked out like a girl more than your sister Aaron. What a shame," sindir Aunt Karen membuatkan lamunanku terbang begitu saja.

Aku tahu Aunt Karen mungkin mengalami masalah yang membuatkan dia bercakap tentang semua perkara karut itu tetapi tak perlulah aku mengatakan semua itu di depannya. Dia seorang yang baik dan aku tak nak dia terasa bila dia terdengar aku membenarkan kata-kata Aaron yang mengatakan dia cuma mahu bermain dengan pemikiran logikku.

"Jom Aurel, masuk ke dalam. Dah senja dan abang tak nak Aurel duduk di luar lama-lama. Who knows what beings are lurking in the dark? They might come and take you away from me," kata Aaron dan dia memeluk bahuku rapat ke tubuhnya. Langsung aku turut memeluk tubuhku kerana badanku tiba-tiba berasa sejuk yang teramat.

"Sejuk kat luar tu Aaron, Effie. Masuk ke dalam cepat. Nanti nenek sediakan mandian air suam untuk korang," tiba-tiba kedengaran suara Nenek Bea dari dalam rumah. Bila dicari-cari gerangan yang berambut kelabu itu, rupa-rupanya Nenek Bea berada di jendela rumah, sedang memerhati kami bertiga yang baru saja pulang ke rumah.

Aunt Karen bersiul, "Nampaknya mamma juga risaukan Effie. Sepatutnya aku tahu. She is still a human. Ahh bila lah birthday Effie nak tiba? Aku betul-betul dah tak sabar Aaron nak tengok jelmaan dirinya yang baharu. Tapi, haih, tak apalah. Karen masuk dulu eh, Effie? Ta ta," dia melambai tangannya kepadaku dan aku tergamam bila sekelip mata saja dia tiada di depan mata, meninggalkan aku dengan Aaron berdua di luar rumah.

"Sekali lagi dia buat perangai," bisik Aaron dengan nada suara yang tertahan-tahan.

Aku malas nak komen, tetapi mataku liar memerhati keadaan yang hampir gelap. Samar-samar saja matahari yang bercahaya oren, kuning dan merah kelihatan. Ia sudah mahu digantikan dengan bulan.

Kalau waktu malam mesti kawasan rumah nenek seram. Iyalah, dengan hutan yang berada di belakang, kiri dan kanan rumah, bagaimana aku tak beranggapan macam itu?

Bulu romaku merinding naik, rasa sejuk dingin mula menjadi-jadi.

"Dahlah Aurel, jom kita masuk ke dalam," Aaron menarik tubuhku supaya mengekorinya masuk ke dalam rumah.

Tetapi, sebelum aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku terdengar seseorang menyeru namaku.

Mulanya aku sekadar mengabaikan suara itu kerana mungkin itu sekadar mainan perasaan tetapi apabila mendengar bisikan terakhir suara itu, terus aku memecut lari masuk ke dalam rumah.

"Kau tak rindukan aku, Aurelia?"

Itulah bisikannya yang membuatkan aku rasa gerun dan tak mahu keluar daripada rumah selepas matahari terbenam.


--------------------------------------------------------------------------------------------------






Cover made by me so all the credits goes to me *wink*






Friday 18 March 2016

Bab 4|| 2B means Bastard|Bitch

_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Retrograd Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________


Sara mengerling jam tangannya, kemudian dia mengeluh. Mana pula lelaki yang dia nak jumpa ini? Semalam dah rancang nak berjumpa tetapi lambat pula dia datang kali ini. Jadi ke tidak sebenarnya?

Kalau tak mengenangkan kawan baiknya, takkan dia sanggup menunggu lelaki itu macam seorang yang bodoh. Sudahlah duduk seorang diri di meja tanpa memesan makanan atau minuman. Pelanggan lain pasti fikir dia didumped oleh boyfriendnya.

'Ah, tak suka betul.' Bentak Sara dalam hati.

"Hey Sara," teguran yang secara tiba-tiba itu buatkan Sara terloncat sedikit. Mana taknya, tengah mengelamun tiba-tiba ada pula yang menegur.

Sara mengangkat wajahnya untuk melihat jejaka yang kini sedang menarik kerusi untuk melabuhkan duduknya. Mulut Sara ternganga, mujur saja tak menyembah permukaan meja yang dilapisi fabrik putih itu.

"What the hell happened to you Adel?! We met about three months ago and you're still you but now what had happened? You kena dera dengan Amanda ke?!" Sara menjerit dan tanpa dia sedar dia telah menarik perhatian pelanggan yang duduk di sekitar mereka.

Tetapi Sara tetap Sara, dia tak kisah. Apa yang penting sekarang adalah lelaki di hadapannya yang merupakan suami kepada kawan rapatnya.

Luca hanya mengangkat tangannya mengisyaratkan apa yang menjadi kerisauan Sara sekadar perkara kecil. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Ya, memang tiada apa yang perlu dirisaukan.

"Ini bukan perkara main-main Adel. Parents you tak pelik ke tengok keadaan you tak terurus macam ni? Takkan sekali pun mereka tak pernah bertanya tentang Elle?" soal Sara, kesabarannya mulai menipis dengan apa yang berlaku terhadap rumah tangga kawan-kawannya.

"I told them she went to Paris and will stay there for maybe around five months? I don't know but they don't question me much so that's good," acuh tak acuh saja Luca membalas.

Sara menghentak tangannya ke atas meja, wajah penuh kemarahan, "This is not a movie Adel and your marriage might not end with a happy ending. Why are you sitting there, relaxing as if nothing happened? We are talking about your missing wife which is my best friend! Have you not try to find her? Maybe she's just around your neighborhood or maybe around her neighborhood? 

And I don't understand a single fuck as do why she disappeared all of sudden! She promised to wait for me because I was heading to your house last three months to pick her up! We promised each other to went to the airport together but when I arrived there, she's gone! Like, she has never been there at all. Mind telling me what actually had happened between both of you, lover boy?" puas melampiaskan amarahnya, Sara menyudahkan kata-katanya dengan soalan kepada lelaki yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.

Luca menongkat dagunya dengan malas di atas meja, hela nafas yang cukup berat dilepaskan. Hatinya dah cukup tawar untuk membincangkan perihal isterinya yang sehingga sekarang langsung tak menghubunginya untuk bertanya khabar.

Tapi, oh well bukankah mereka baru bertembung di salon Larry tadi?

Hah, perempuan licik. Boleh dia mendandan rambut di saat suami sendiri menderita kerana kehilangannya yang secara tiba-tiba?

Elle memang Elle. Takkan pernah berubah. Degil, ignorant dan kepala batu sentiasa.

Yang paling tak boleh diterima Luca ialah, ahhh wajah tertanya-tanya itu! Semudah itu Elle melupakannya? Semudah itu Elle mampu menganggap seperti itu adalah kali pertama mereka berjumpa?

Dasar perempuan. Kalau dah tahu perasaan cinta itu memang tak pernah wujud untuk dirinya, kenapa perlu berbohong?

Perkahwinan yang sia-sia. Sia-sia dia memerangkap Elle untuk mengahwininya dan pengakhirannya?

Dia yang merana, karma datang tanpa diminta.

Perlukah dia melepaskan perempuan itu seperti yang dimintanya dalam surat?

Seketika, Luca termangu-mangu dengan apa yang bermain dalam fikirannya.

Lepaskan?

Hah, biar gantung tak bertali, baru padan muka.

Gantung tak bertali? Rasa-rasanya Elle yang tinggalkan dia tiba-tiba, bukannya dia.

"She chose Jeremy instead of me, Sara. What should I do? Kalau you pandai sangat, you beritahu I apa yang patut I lakukan bila isteri sendiri mahukan lelaki lain?" tanpa nada Luca berkata. Dia seperti tak mempunyai hati dan perasaan bila bercakap tentang perempuan yang merupakan cinta pertamanya.

Sara terpempan, perlahan-lahan badannya tersandar pada kerusi. "You kan Adel, kalau jangan pandai-pandai buat andaian sendiri boleh tak? Mana you tahu Elle masih sukakan Jeremy? You mengigau ke Adel?" memang dia tak percayakan Luca.

Luca itu buta ke apa? Takkan dia tak perasaan cara Elle memandang dia? Cukup untuk Sara simpulkan, Elle memang betul-betul cintakan Luca dan Sara rasa Jeremy itu bukan cinta pertama Elle, tetapi cinta monyet Elle.

Sewaktu Parti PMA berlangsung, Sara masih ingat bagaimana Elle merenung Luca. Pandangan sebegitu memang sangat mudah untuk dibaca oleh perempuan lain. Lelaki memang takkan pernah faham pandangan seorang perempuan. Hanya perempuan yang memahami perempuan.

Dan Elle? Elle memang betul-betul cintakan Luca.

"Kalau semua ni igauan, I'll gladly ask you to slap me hard so that I could wake up from this fucked up dream but bitch, this is not a fucking dream and I told you the truth. Elle still loves that bastard and there's nothing I could do about it so leave me alone and don't fucking ask me about your so called best friend!" tengking Luca, wajah dan telinganya memerah kerana terlalu marahkan Sara yang asyik menekannya tentang Elle.

Sara lantas berdiri, kedua tangan dihentak ke atas meja, "Hey bastard, if Jay is bastard so are you because you called me bitch! Mind your language lover boy when you're talking to me. If I'm not thinking you're my best friend's husband, I would have punch you in your face for being so rude!"

"Do whatever you want, I don't give a fuck care about it. Now leave me alone," Luca memalingkan wajahnya daripada memandang Sara yang sedang merenungnya tajam.

"Gladly, Adel. Gladly. And you know what? I'm starting to think that your life is so fucked up," dan Sara terus pergi meninggalkannya dengan kata-kata itu.


______________________________________


Luca,

I'm sorry for I have lied to you countless times. The truth is, I have never felt happy by your side. All I felt are just miseries. This marriage is not what I want. I never love you. I was blinded by my desire. I still longed for Jeremy. He is my life. He still is. I just realized it. I thought you are my first love but I was wrong.

He's my first love. You, you are not him. I can't live without him.

I want you to  divorce me. I won't be here by the time you come back from your business trip because I will be with Jeremy. I can't lie myself anymore and I just can't be with you.

You are not my happiness.


Farewell,
Your ex wife.

Luca mengelap air mata yang lebat menuruni pipinya, surat yang ditinggalkan Elle lebih kurang lima bulan yang lepas disimpannya kembali ke dalam laci mejanya.

Entah berapa kali dia mengulang baca surat itu sejak Elle hilangkan diri bersama Jeremy. Dia tak percaya apa yang dibacanya. Setiap kali surat itu dibaca, semakin kuat perasaannya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada isterinya. Tak mungkin Elle menipu dia selama ini.

Tak mungkin. Elle takkan pernah sanggup menipu dia. Takkanlah semua kata cinta yang Elle ungkapkan kepadanya hanyalah penipuan semata-mata?

Elle masih cintakan Jay. Jay, Jeremy, ialah kawan baiknya tapi entah mengapa Jay memusuhi dirinya. Takkanlah hanya kerana salah faham yang berlaku di antara mereka semasa belajar di satu institut Jay masih nak berdendam dengan dia sehingga sekarang?

"Luca! Where are you darling?!" pintu bilik kerjanya ditolak kasar dari luar, seorang wanita bergaun hitam tersenyum ketika lelaki yang dicarinya dari pagi tadi kini telah dijumpainya.



"Darling, why are you crying?" soalnya perlahan. Wajahnya yang ceria bertukar muram apabila melihat kesuraman yang terlukis pada wajah pujaan hatinya. Dah acap kali dia menangkap Luca menangis sendirian. Takkanlah Luca masih teringatkan isterinya yang telah lama meninggalkan dirinya?

Luca meraba matanya, kemudian tersenyum pahit.

"Crying? I'm not crying Amanda," dalih Luca. Wajah anggun wanita di depannya dipandang sepi. Kenapalah Amanda perlu mengganggu privasi yang amat diperlukannya sekarang? Dah lelah dia melayan kerenah wanita itu yang asyik mahu berdampingan dengannya tak kira siang atau malam.

"You're lying Luca. I can see it. You just cried! Who made you sad darling? Is it your cheating wife??" wanita itu menebak di mana membuatkan Luca menghentak meja kerjanya dengan kuat. Urat-urat pada tangannya jelas kelihatan.

"She is still my wife Amanda! You don't deserves to call her names!" tempik Luca, matanya kembali berkaca-kaca. Peristiwa tengah hari tadi ketika dia berada di pusat membeli belah kembali terlayar dalam ingatannya. Elle nampak gembira dan sihat-sihat saja. Sedangkan dia?

Hampir mati kerana terlalu rindukan perempuan itu.

Kalaulah dia tahu pergaduhan terakhir mereka akan membuatkan Elle berubah hati terhadapnya, sumpah, mati hidup kembali dia sanggup abaikan kerjanya dan pergi menemani Elle ke Paris. Lantaklah kalau dia kehilangan jawatannya sekali pun, apa yang penting Elle masih di sisinya.

Bukan seperti sekarang, dia sendirian tanpa isterinya.

Memang dia marahkan Elle kerana perempuan itu terlalu degil dan sangat keras kepala! Sombong pun ya juga. Dengan suami sendiri pun nak bersombong. Tapi walaupun Elle macam itu, dia masih sayangkan perempuan itu. Elle memang begitu. Namun dia tahu kalau kena dengan caranya, Elle pasti akan berlembut dengannya, mengikut katanya, bukannya mengamuk dan bergaduh dengan dia macam apa yang berlaku pada beberapa bulan lepas.

"DAMN!!" gelas kaca yang berada di atas meja ditepisnya sehingga terjatuh dan pecah berderai.

"Luca what the bloody hell are you doing?!" kelam kabut Amanda mendapatkan Luca untuk memeriksa jika ada luka pada tangan lelaki itu. Risau bukan kepalang melihat Luca dalam keadaan tak terkawal seperti itu.

Luca menepis tangan Amanda yang mahu memegangnya, dia menjauhi wanita itu. "Don't touch me! Elle wouldn't like it!" marah Luca dengan mata memerah.

Amanda menekup bibirnya, mata bergenang dengan air mata, "See?! Did you see what I meant? You're still thinking about her! She's a fool Luca so just forget about her and accept me! I will love you unconditionally and endlessly! Nobody would love you like I do! Not even her, that stupid little whore!"

"Shut up! She is not a whore, she is MY wife. She is mine, and you would never could love me like she does! Yes I'm still thinking about her because she will always be in my heart!" teriak Luca dan manik-manik jernih mula membasahi pipinya.  Terlalu sakit bila dia sendiri yang perlu meyakinkan dirinya yang Elle masih mencintai dia. Terlalu sakit untuk memadam kesemua yang Elle tulis kepadanya di dalam surat yang ditinggalkan di atas katil mereka. Dia sendiri keliru dengan kata-katanya. Betulkah cinta Elle lebih dalam berbanding cinta Amanda kepadanya?

"She loved you Luca. She was yours. She was your wife. She was in your heart before but now you need to learn the truth. She will never come back. She will never come to see you. She said so in her letter, doesn't she? Maybe right now, she is laughing happily with the man that she already chose. Let her go Luca. She made that choice. She is stupid because she let you go. She has found her happiness but what about you? Did you ever be happy since she left you? Did you? You did not! You are being—" Amanda terhenti berkata-kata, bibirnya diketap.

"You are being ridiculous! Where is my old Luca Adel? My old Luca Adel will never treat himself like this! Dare you, tell me when is your last day cutting your hair, shaving your beard, having a proper meal, having your slumber sleep? I dare you Luca, tell me!" cabar Amanda dengan wajah tegang.

Dia kenal Luca semenjak kecil lagi, dari zaman mereka berdua memakai lampin. Terpisah buat beberapa tahun kerana masing-masing mengejar cita-cita dan impian mereka. Dia juga sanggup datang ke Malaysia hanya kerana nak bertemu dengan Luca. Dari Venice, ke Malaysia, tinggalkan kerjanya di sana kerana terlalu merindui Luca.

Luca terdiam, namun air matanya masih lagi laju merembes keluar. Tapi akhirnya dia bersuara, membuatkan Amanda sendiri mati kata-kata.

"I'm not that Luca anymore. I changed and I changed for good and she is the reason why I changed. I love her Amanda. I love her so much that its hurt. I think, I think I wouldn't be able to live without her. I didn't mean to be such a whipped guy but I speak what my heart wants to. Before, girls was like toys for me. I played, changed, threw them away as if they have no hearts. But with her, it's different. She was my parent's choice. And I love their choice. I thought their choice was such a failure but I was wrong. I fell in love with her so damn hard that I never thought I could have such a deep feeling, a deep feeling just for her. She is my first love Amanda and she will be my last. No one would and could replace her."
















I [|Rambut biru Darien|]

 _______________________________________________________

 Copyright © 2016 Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________


"Don't tell father I did this, okay?" dia berbisik ke telinga anaknya dalam nada yang sangat, sangat perlahan.

"Pa—pa?" anak perempuannya teragah-agah dalam menyebut perkataan itu.

Sirenia Hibriyah tersengih, dia menggeleng kepalanya.

"Oh, I forgot my baby girl is only 11 months old. Of course you wouldn't tell papa about my little secret right? Silly me," Terasa agak bodoh pula dirinya ketika itu. Bayi perempuannya takkan pecahkan rahsianya kepada gerangan itu sebab bayinya cuma tahu mengeluarkan perkataan mama dan papa saja.



Sirenia mengucup pipi gebu bayi perempuannya yang bernama Delina Sascha dan meletak Delina kembali ke dalam baby cotnya dengan cermat. Mata biru terang Delina yang besar terkelip-kelip melihat mamanya yang cantik memakai dress berwarna merah hati.

Sirenia menghela nafas sambil tersenyum. Sungguh dia gembira dan bangga kerana dikurniakan anak secomel dan sihat seperti Delina. Berkat doa ibu bapanya, ibu bapa mertuanya dan doa mereka suami isteri.

Bercakap tentang suami isteri...

"Sirenia what have you done to my shampoo??!!" jeritan kuat suaminya kedengaran jelas dari bilik air, membuatkan bibir munggil Sirenia merekah membentuk senyuman yang paling nakal yang pernah diukirnya.

Tetapi kebahagiaannya tamat di situ saja apabila Baby Delina mula menangis. Mungkin kerana terkejut mendengar jeritan ayahnya.

"Sirenia!!"

Sirenia menjulingkan matanya ke atas dan tanpa menghiraukan suara suaminya yang terpekik dari bilik air, dia menghampiri baby cot kemudian membawa Baby Delina ke dalam kendongannya semula.

"I'm sorry baby girl, your father is so loud that you have to keep your eyes open. But that's okay, nanti mama suruh papa ambil cuti dan jaga baby girl. Biar mama pergi kerja, so you two will have sooo much fun!" ujar Sirenia dengan penuh ceria dan Baby Delina dikendong ke kiri dan kanan sambil bibirnya mengeluarkan melodi yang perlahan dan bila didengar baik-baik, rupa-rupanya Sirenia sedang menghumming tune lagu Brahms Lullaby yang dinyanyikan oleh Jewel.


Lullaby, and good night, in the skies stars are bright.
'Till the sky's bright with dawn, when you wake with a yawn.
May the moon's silvery beams bring you sweet dreams.
Close your eyes now and rest, may these hours be blessed


"You do know it's daylight right? This is morning baby, not nighttime," suara seorang jejaka berbisik di telinganya, membuatkan darah panas Sirenia berderau dan segera dia berpaling ke belakang. Baby Delina didakap lebih erat dan rapat ke dadanya.

Buat seketika, sepasang mata turquoise itu terbeliak besar kemudian selepas beberapa minit dia berada dalam keadaan itu, ketawa halusnya meletus kuat di dalam bilik tidur mereka. Baby Delina yang sudah terlelap mula bergerak-gerak, menandakan bayi kecil itu terganggu dengan bunyi bising yang dibuat mamanya.

"Oh gosh Darien! Your hair!" rasa nak pecah perutnya melihat keadaan rambut Darien. Mahu saja dia ketawakan Darien sekuat hatinya namun bila memikirkan tentang Baby Delina, terus dia memperlahankan suaranya yang sedang galak mengetawakan suaminya.

Darien mendengus, "Ha ha. Lawak ke sayang? Saya tahu ini mesti kerja awak kan? Baby why did you did this?" Darien menyoal dan wajahnya yang putih mula kemerahan seperti dia akan menangis dalam bila-bila masa. Tangannya meramas-ramas rambutnya yang dah bertukar warna dari hazel ke warna biru gelap.

Mengenangkan Sirenia ialah isterinya yang membuatkan dia menahan sabar. Kalau orang lain yang buat haru terhadap syampunya, mahu lebam wajah orang itu dikerjakannya. Sudahlah jam lapan nanti dah kena masuk kerja. Macam mana dia nak pergi kerja dengan keadaan rambutnya seperti itu?

"Kenapa saya buat macam itu? Hmm, kejap eh, let me reminiscence first..." Sirenia acah-acah cuba mengingati sesuatu sambil jari telunjuk mengetuk-ngetuk dagunya. Baby Delina kelihatan dah kembali melelapkan matanya. Langsung tanpa memberi jawapan yang begitu dimahukan Darien, Sirenia melangkah menuju ke baby cot dan Baby Delina kembali diletakkan di dalamnya. Sirenia tersenyum melihat Baby Delina yang sudah semakin hanyut dalam lenanya. Begitu mudah Baby Delina didodoikan dan itu membuatkan kerjanya dan Darien menjadi bertambah mudah kerana mereka tak memerlukan masa yang banyak untuk menidurkan bayi perempuan mereka.

"Baby why did you did it?" Darien yang memang jenis tak mempunyai nilai kesabaran yang tinggi mula merengek mahukan jawapan dari isterinya. Kadang-kadang Sirenia sendiri tertanya-tanya adakah suaminya masih lagi berfikiran seperti kanak-kanak atau seorang lelaki dewasa? Merengek tak tentu masa mengalahkan Baby Delina rengekannya.

"I did it because... you didn't wake me up this morning!" cemuh Sirenia dan dia keluar dari bilik tidur mereka untuk pergi ke dapur. Darien yang masih lagi bertuala terus mengekori langkah isterinya yang laju. Walaupun dia tahu agak pointless kalau dia nak juga bertekak dengan Sirenia tetapi kalau sehari tak bergaduh mulut dengan isterinya, takkan pernah lengkap harinya.

Darien segera meraih isterinya ke dalam pelukannya ketika wanita itu sedang sibuk membancuh kopi di dalam teko vintage mereka.

"Hanya kerana itu je awak bluishkan rambut saya?" soal Darien tak percaya, dagu tajamnya direhatkan ke atas bahu Sirenia yang terlindung oleh fabrik gaun yang dikenakannya untuk pergi ke pejabat.

Sirenia mula rasa tak selesa, badannya menjadi hangat semacam walaupun dia memakai dress. Semua itu gara-gara Darien yang sedang memeluknya tanpa segan silu.

"Pergi pakai bajulah Darien. Habis basah baju saya sebab awak!" Sirenia berpura-pura marahkan suaminya walaupun sebenarnya bibirnya hampir merekah untuk mengukir senyuman.  Dengan Darien, memang mustahil kalau dia nak berasa marah dengan jejaka kacak yang dah selamat menjadi suaminya itu. Ada saja sesuatu yang akan dilakukan Darien yang akan membuatkan kemarahannya terhadap lelaki itu hilang begitu saja.

Darien mengeratkan lagi pelukannya pada pinggang wanita yang terlalu dicintainya, seolah-olah tak mahu melepaskannya.

"I'd rather be in this position with you. You smell like something I wanna eat, baby," Dengan nada sensual Darien menuturkan ayat-ayat itu dan bibir nakalnya mula meninggalkan kucupan layang-layang pada bahu Sirenia kemudian perlahan-lahan meliar ke leher isterinya.

Sirenia mengelak ke tepi bila bibir Darien semakin menghampiri tepi bibirnya. Jantungnya berdegup kencang, nafasnya menjadi tak teratur kerana kelakuan intim Darien ke atasnya pada pagi ini. Pagi-pagi lagi Darien mahu menggodanya!

Darien membelai rambut coklat gelap isterinya yang lembut, dan tanpa amaran dia menolak perlahan kepala Sirenia supaya wajah isterinya itu dekat dengannya. Tak berpuas hati dengan penolakan Sirenia terhadapnya sebentar tadi yang membuatkan dia bertindak seperti itu. Tak pernah ada mana-mana perempuan yang berani menolak sentuhannya lagi sebelum dia mengahwini isterinya.

But, just drop that subject for now because its all in the past.

Sirenia lantas memegang tangan Darien yang melekap pada perutnya dan sedaya upaya dia cuba merungkai pelukan ketat Darien namun dia tak berjaya untuk membuatkan lelaki itu melepaskannya. Semakin erat Darien memeluknya lagi adalah.

"Ien, we need to get Baby Delina to my sister now if we don't want to be late to our offices. This can wait," Sirenia memujuk dan sekali lagi wajahnya dijauhkan dari bibir merah suaminya yang tak tahu nak duduk diam.

Darien mengeluh, "Aww Sirenia darling, don't be like this hmm? It won't take much of our time, I promise. Maybe like 20 minutes? Lagipun sekarang baru pukul 7..." Darien jeda seketika, matanya yang merupakan campuran warna coklat cair dan hijau daun mengerling ke arah jam dinding. "1 minit pagi. Yeah definitely we have the time for some make-up session and plus, our baby girl is sleeping so better now than later," pujuknya sambil membenamkan hidung mancungnya ke dalam rambut lebat Sirenia yang memang sudah menjadi kegemarannya.

Sirenia mendengus, tanpa memberi apa-apa respon kepada Darien dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Lebih baik dia gunakan masa itu untuk mengisi perutnya dan menguruskan keperluan Baby Delina. Macamlah Darien tak boleh menunggunya. Malam ini mereka tiada apa-apa rancangan jadi bolehlah mereka berdua meluangkan masa bersama. Kalau pagi ini?

Sirenia menggeleng kepalanya. Mereka dah kesuntukan masa untuk bermesraan macam dulu, sewaktu mereka tidak mempunyai anak. Sekarang keadaan dah berubah. Dulu berdua, sekarang bertiga jadi tugas mereka sebagai suami isteri bertambah dan dia gembira dengan perubahan itu.

Dan Darien perlu memberi kerjasama dalam menguruskan keadaan yang serba berubah ini. Kalau hanya dia seorang memang mereka takkan dapat menguruskan keluarga mereka dengan teratur.

"Darien, it can wait. I'll promise tonight I'll give you my undivided attention but for now, let's focus on our daughter and works," tangan sasa Darien sekali lagi cuba dirungkaikan dan kali ini berjaya kerana Darien sendiri yang melepaskannya.

Darien mendengus, dia berpeluk tubuh dan tanpa berkata apa-apa dia pergi ke peti ais lalu membukanya untuk mengambil sekotak susu, minuman kegemarannya pada waktu pagi, semasa bersarapan.

"You are no fun babe, really no fun. Boring as héll," katanya selamba sambil memejam kedua matanya ketika cairan susu segar itu mengalir masuk ke dalam kerongkongnya. Namun, sudah namanya Darien, kenakalannya tetap akan terserlah juga. Dalam diam dia membuka sebelah matanya untuk melihat reaksi isterinya.

Sirenia berhenti mengacau kopi yang sedang dibancuhnya, kepalanya ditoleh ke belakang sedikit, betul-betul ke arah di mana Darien sedang berdiri, menyandarkan tubuhnya ke pintu peti ais.

Darien meneguk liur gerun, seluruh isi perutnya memulas hanya kerana jelingan tajam yang Sirenia berikan kepadanya.

"Apa yang awak cakap tadi sayang?" soal Sirenia dengan suara yang sungguh lembut dan manis.

Darien membetulkan sandarnya pada pintu peti ais, wajahnya berkerut-kerut cuba memikirkan cara untuk mengelak daripada menghadapi situasi itu.

"Cakap apa? Saya tak cakap apa-apa lah," dalih Darien. Dia memang kecut bila berhadapan dengan Sirenia versi itu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa Sirenia boleh menjadi seorang wanita yang sangat menyeramkan bila dia mula menggunakan intonasi suara yang lembut dan manis ketika berbicara dengannya.

Cukuplah sekali dia terkena, dia rela pakaikan lampin Baby Delina daripada menghadapi Sirenia versi menyeramkan itu.

Sirenia tersengih, nampaknya dia seronok melihat Darien bereaksi tak senang duduk di hadapannya. Tahu pun takut. Mulut itu kalau tak jaga, memang tak boleh. Mujur Baby Delina berada di dalam bilik mereka, bukannya berada di dalam dapur.

"Well if you want to pretend like you never said bad word just now, I'm going to pretend like I don't say any too, right now," sinis Sirenia kemudian dia kembali menyambung mengacau kopinya.

Darien menjongketkan sebelah keningnya, dia betul-betul tak faham apa yang isterinya cuba katakan. Ya, dia tahu Sirenia marah kepadanya kerana menyebut perkataan tak elok tadi kerana bak kata Sirenia kesayangannya 'Don't curse because it'll do damages to our daughter.'

Nampaknya Sirenia mahu anak perempuan mereka 'bersih' dan tak dicemari dengan kata-kata yang tak elok semasa proses tumbesarannya.

Dan Darien adalah jenis lelaki yang suka menyebut banyak perkataan tak elok. Itu yang membuatkan Sirenia sering memarahinya kerana ada ketika dia akan tersasul di depan anak perempuannya. Tambah-tambah bila dia bersembang dengan perempuan kesayangannya, memang akan ada banyak bad words yang akan digunakannya.

Itu semua kerana dia nak mendapatkan Sirenia ke dalam pangkuan mesranya.

"What are you—"

"Yeah I'm boring so fúck off Darien," lancar dan tajam kedengaran suara merdu isterinya melontar kata-kata itu kepadanya.

Darien terkebil-kebil memandang isterinya, seluruh tubuhnya seakan terkaku bila buat pertama kali dalam hidupnya dia mendengar Sirenia menyumpahnya dengan perkataan tak elok.

Sirenia tak pernah, memang tak pernah dia menyebut perkataan itu.

"What are you looking at? Go and dress yourself before Baby Delina wakes up," arah Sirenia dan tanpa memandang Darien, dia berlalu ke ruang tamu dengan secawan kopi di tangan.

Masih tergamam dan terkebil-kebil, Darien bersiul kecil, "Wow baby, that's hot."

Ya, Darien memang takkan pernah fikir selain daripada itu tentang Sirenia.














Tuesday 15 March 2016

Just a Little Review about Movies I've been watching lately

Okay, firstly I have watched The Best of Me.

I cried a lot until I felt my face funny. It felt like my lips, my eyes and my nose had gone bigger than usual!

And secondly, I watched The Theory of Everything.

This made my heart ached and I started crying too. My brothers laughed at me for being an idiot because I will always cried every time I watch romance movies. I couldn't help it. Steven was just such a sweet and brilliant guy and his ex wife, Jane had been so good and loyal by his side until they separated.

But I cried even more because Jane and Steven got divorce because they have no love toward each other anymore. Well I have to accept it though because not every beautiful movies would end with such a happy ending *sighed*

But (there are so many buts, but well it will be coming more from me because I just have to use it!) we all knew fairy tales does not exist and it rarely happens. Not every people get what they desired and that too, including me. I desired for many things and I am not sure if I could make them happen.

But I doubt they would ever happen.

I...(oh God, am I going to cry while typing this entry? I hope not) I am disappointed with myself, but please don't tell anyone that I said it out loud. Nobody knows I'm disappointed with myself. Not even my family and not even my closest friends. I need to keep it to myself, alone.

So, having a blog do have their own benefits, I am surprised. Because, I love to talk, a lot. And I have no one to talk to. I just haven't meet the person that will ever be ready to listen to my talk. My friends, let's just say, I put on my facade. I appears happy and cheerful in front of them, like nothing matter to me.

And my family? Well, I don't want to burden them with what I feel deep inside my heart. I've got family problems and we don't know when it's going to be settled.

I even shouted at my brother, that I would never coming back home when I have my own work, when I don't have to rely on my parents but that doesn't mean I would forget their sacrifices for me. I meant, my mom, did sacrificed her life to deliver me, didn't she?

That happens a lot, I meant those shouting. I would always yelled at him because he has always being an asshole. He would say things to me that triggered me to say mean things to him, back. Each time he get back at me, I would always get back at him too, with even meanest things. And tell you what, sometimes I even broke down in front of him. I lost my control, and I felt so so so angry at him that my heart hurts so deep and I wished, I wished I could smack something like a glass, a stone or whatever hard thing onto his smug face.

That's his advantage. Being all smug while saying mean things to me, like he have no heart while saying those things. He would use my weaknesses to get back at me and when I failed to lash it all out to him, I break.

I meant, I was tired! I was tired fighting over stupid thing with him. You know the feeling? The feeling when you have so much to say, so many things to let it all out of you, so many things you are angered of, and you feel so tired, exhausted, but at the same time you want to hit him, slap him hard, but you can't. If you can, it would be the biggest outburst you ever made.

So, because you can't but those feeling was burning inside of you, begging to be unleashed, you break!

And how did I break?

I cried.

The truth is, I hate crying! I really really really hate crying because people   my family or even my friends would think of me as a weak girl. I hate crying because there will be people judging me! They would say I cried because I want their sympathize when I do not want them!

I rarely cried. I cross my finger, I have a stone heart. But that stone heart turns into such a softie when I watch chick flick movies xD

I know I am a mean girl, but hey, I did restrained myself from slapping, hitting my brother right so doesn't that count?

I kid. Haha. I wanna cry right now but I don't know whether I want to or not.

Let's cut this short, my parents never count me as their brilliant daughter. Well, if I'm not their brilliant daughter, I could be their smart daughter or a genius daughter, couldn't I?

I couldn't because my brother will always be their brilliant son.

Yeah, because he is. He learnt Chinese Language at the age 4 while I'm not even a fluent Malay and English speaker. I was 6, he was 4 but he got me down, and I am...

ashamed of it. I'm still is.

He was the top student in his Chinese Kindergarten, since 4 years old until he went primary school and he still was the top student whereas I'm just an average student.

I am the type that scored As,Bs and Cs student. So that is average unlike him, he scored all As, never once Bs or Cs or lower than that.

I'm jealous?

Well of course I am!

Who wouldn't? Who wouldn't get jealous when their parents praises the other sibling while you were left aside, like a stranger in your own family?

Haha, big laughs for me. Laughing all I want for my own misery. The comparison was too unbearable for me.

But this is life so you just have to live it. I am still grateful for what I have in my life though. Because of what happens in my life, I become a better person, more positive person that I can't even feel anything. I don't think I have a heart anymore. I don't think I would cry if anything bad happen to my family.

I just... don't know that I sometimes would ask myself, 'Do I still have my heart? Do I would cry if I read anything sad?'

I just couldn't anymore because when I feel those, I will feel them deep, so deep that I might not be able to get myself out from it.


Well, anyhow I felt relieved for being able to share my feelings with some... else. I'm okay now, really. Goodbye.





Sunday 13 March 2016

Panggilku Dara:: Alternate Chapter 4

_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________


"Miss?" dia menggoyang bahu gadis yang sedang nyenyak tidur itu perlahan, sekadar mahu gadis itu terjaga dari lenanya. Dia tidak berniat apa-apa terhadap gadis itu, cuma mahu gadis itu sedarkan diri kerana tempat yang gadis itu jadikan spot untuk tidur adalah tempatnya dan rakan-rakannya melepak lepas tamat latihan ragbi.

Semua pelajar di institut itu dah maklum dengan spot dia dan rakan-rakannya bila berada di padang. Sesiapa yang sering ke padang akan mempunyai tempat mereka yang tersendiri. Mereka akan menanda tempat itu dengan mengukir atau meletakkan sesuatu pada tempat itu untuk menunjukkan tempat itu dah berpunya atau dalam kata lain dah dimiliki.

Dan di padang itu terdapat sebatang pokok yang sangat rendang dan sering berbunga lebat. Pokok yang dihiasi dengan bungaan cantik itu terletak di barat daya padang. Kawasan barat daya padang memang agak tersorok daripada pelajar-pelajar lain kerana itulah tempat itu menjadi tempat kegemarannya dan rakan-rakannya.

Mereka tidak menanda kawasan itu kerana pelajar lain memang dah sangat maklum yang tempat itu adalah kawasan mereka. Takkan ada sesiapa yang berani menceroboh kawasan TRBs melainkan mahu dicorner oleh TRBs.

The Rugby Boys.

Bagaimana nama itu boleh melekat dengan mereka, dia tak pasti tapi tahu-tahu saja rata-rata pelajar di institut itu menggelar mereka dengan gelaran TRBs.

"Macam mana boleh ada perempuan dekat sini? Ini sah kerja Dayyan!" getus Firash sambil mencabut topi SWAG yang dipakainya secara terbalik dari kepalanya dan menghempas topi tersebut ke atas rumput. Geram sungguh bila melihat ada orang asing yang berani menceroboh kawasan lepak mereka. Dan yang paling menyakitkan hatinya, perempuan pula itu!

Perempuan itu tak tahu ke kawasan itu milik siapa?! Kawasan itu milik TRBs!

"Perempuan, bangunlah!" suara garau Arik kedengaran mengejut gadis yang masih nyenyak tidur pada batang pokok mereka. Arik yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang kurang sabar dan tak sukakan orang asing begitu ketara terserlah apabila ada yang menceroboh masuk kawasan mereka.

Amir dan Dayyan yang baru saja tiba di kawasan mereka, terhenti bergelak ketawa bila melihat ada orang asing yang sedang nyenyak tidur di situ. Terus Amir menyimpan buku yang berada di tangannya ke dalam beg, manakala Dayyan pula menyinsing lengan panjang t-shirtnya yang lencun dengan peluh hingga ke siku.

Mereka tahu gadis itu berada dalam bahaya, tambah-tambah melihat wajah Firash dan Arik yang memang tidak sukakan orang asing memasuki kawasan mereka tanpa meminta izin daripada mereka dahulu. Isaiah pula tak berbuat apa-apa, tetapi matanya sekali-sekala akan menyorot pada gadis itu meskipun berkali-kali dia berpesan kepada dirinya agar tak memandang gadis itu buat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Tetapi matanya tak mahu mendengar kata dan akhirnya dia terpaksa mengalah dengan kehendak perasaannya sendiri. Dia mahu melihat gadis itu.

"Macam mana dia boleh ada dekat sini?" soal Dayyan sambil mendekati rakan-rakannya dengan Amir di sebelah. Amir menyiku lengan Dayyan, muka berkerut kerana tak menyangka gadis itu boleh berada di padang dan paling mengejutkan, di tempat mereka!

Dayyan menjeling Amir dan menolak kawannya menjauhinya sedikit. Dahlah badan melekit dengan peluh, Amir pula mahu menyendeng sekali di sebelahnya. Semakin panas Dayyan rasakan!

"Entahlah Dayyan, tiba-tiba je dia dah ada dekat sini. Miss? Wake up miss," sekali lagi Isaiah cuba mengejutkan gadis itu setelah menjawab pertanyaan Dayyan.

"Kenapa kau cakap Inggeris dengan dia?" tanya Amir tiba-tiba. Dia jadi hairan dengan Isaiah. Dari hari pertama Isaiah perasan akan kehadiran gadis itu, dia asyik membahasakan gadis itu dengan gelaran 'miss'. Bukan lagi senang ke kalau panggil gadis itu dengan 'cik'?

"Err, aku rasa dia tak faham bahasa kita? Kan Firash, Arik?" kedua rakannya dipandang, meminta mereka agar menyokong pendapatnya tentang gadis itu yang tak memahami bahasa melayu, bahasa natif di negara ini.

Arik dan Firash berpandangan sebelum masing-masing menjongket bahu.

"Yeah, dia macam bukan orang sini. Mungkin transfer student?" sokong Firash. Ada benar juga pendapat Isaiah tentang gadis itu. Gadis itu bukan orang tempatan. Melihat wajahnya saja dah cukup untuk menebak gadis itu datang dari negara luar.

Amir menggeleng kepalanya, "Lol, transfer student? Betul ngek korang ni. Dia ni orang sinilah! Mestilah dia faham melayu. Habis itu, hari itu masa dia mengajar aku, cakap melayu fasih apa bendanya? Takkanlah aku bercakap dengan hantu dia pula?"

Dayyan menampar belakang kepala Amir, "Hantu jangan sebutlah sia. Dekat padang pula itu!" marah Dayyan dengan wajah cemberut. 'Benda' itu berada di mana-mana saja, tak kira pagi, siang, senja ataupun malam. Mulut celopar Amir kadang-kadang membuatkan mereka semua terjebak dalam masalah yang tak diingini.

"Aku bukannya sebut nama 'dia' pun yang kau nak marah aku tak tentu pasal!" bidas Amir. Jelingan tajam diberi kepada Dayyan kerana terlalu marahkan lelaki itu. Kelemahan Amir ialah, dia pantang bila orang menyentuh kepalanya. Memang dia melakukan kesalahan tapi janganlah sentuh kepalanya. Nak sentuh anggota lain tak ada masalah tapi kepalanya tak boleh. Di situlah segala ilmunya disimpan.

Isaiah, Arik dan Firash biarkan saja kedua rakan mereka bertekak sesama sendiri. Jangan masuk campur dalam pergaduhan kecil mereka nanti boleh melarat pula. Tapi betullah tindakan Dayyan yang memarahi Amir tadi. Memanglah Amir tak menyebut 'dia' tapi 'dia' itu pantang diseru, sepantas angin akan menjejaki mereka.

"Susah betullah dia nak bangun. Tidur mati ke apa?" getus Arik sambil menggaru hidungnya. Sebenarnya mahu saja dia bermain dengan rambut coklat gadis itu yang kelihatan begitu anggun dibuai angin yang tiba-tiba berlalu datang.

Terbit wangian sewangi lavender berseli dengan bauan manis seakan bau coklat  yang mengiurkan sesiapa saja yang terhidunya ketika angin itu menerbangkan rambut gadis itu.

Matanya berubah hitam sepenuhnya, rohnya seakan meronta-ronta mahu keluar daripada badannya tanpa dapat dia kawal. Dayyan, Amir, Arik dan Firash yang perasan akan perubahan Isaiah terus saja menerpa ke arah lelaki itu dan menolak kawan mereka terlentang ke atas rumput.

Dayyan membaca sesuatu lalu dihembus ke wajah Isaiah. Perlahan-lahan pupilnya mengecil, menampakkan kembali warna asli matanya.

Setelah pasti Isaiah berada dalam keadaan terkawal, Dayyan dan Arik melepaskan tubuh Isaiah dan mereka duduk bersebelahan Firash dan Amir.

Mereka berlima hanya memandang antara satu sama lain, tiada satu perkataan pun yang keluar daripada mulut mereka kerana terlalu terkejut melihat apa yang berlaku kepada Isaiah.

"'Dia' datang ke?" perlahan Amir bertanya, seolah takut apa yang disoalnya didengari benda yang sedang mereka bualkan.

Isaiah tak menjawab pertanyaan Amir, sebaliknya dia menoleh ke belakang apabila dia mengesan suatu pergerakan.

"Maaf, saya tak sengaja tertidur dekat sini," gadis bermata menggoda itu memohon maaf dan tak sempat Isaiah hendak membuka mulutnya, gadis itu terlebih dahulu melarikan diri ke dalam bangunan institut membuatkan Isaiah berasa sedikit terkilan.

"Rude," komen Arik sepatah, matanya menghantar gadis itu dengan jelingan tajam.

"Isaiah, apa yang kau nampak?" pertanyaan Dayyan berbaur curiga kerana tak pernah lagi dia dan kawan-kawannya melihat Isaiah jadi begitu pada siang hari. Selalunya pada waktu senja atau tengah malam, apabila jarum jam menunjukkan angka 12.

Isaiah mengeluh dan membawa kembali pandangannya ke arah kawan-kawannya. Begitu sukar dia hendak melepaskan pandangan matanya daripada gadis misteri itu. Jiwanya meronta-ronta mahukan gadis itu.

Perasaan apakah ini?

"Dia." Jawab Isaiah, teragak-agak. Dia sendiri tak pasti benar atau tidak apa yang dilihatnya.

"Apa maksud kau dia? Dia 'dia' atau dia yang lain?" Amir menekan pertanyaan Dayyan tadi dengan lebih mendalam, membuatkan Isaiah jadi serabut nak menjawabnya.

"Dia as in her! That girl, I saw her in my vision! Who is that girl and what is she doing here?!" tengking Isaiah dan pupilnya kembali mengembang, keseluruhan matanya kini berwarna hitam pekat. Tiada lagi sepasang mata berwarna kelabu cair miliknya.

Arik menjauhi Isaiah, bahunya berlaga dengan bahu Firash. Dia dah pernah menghadapi Isaiah dalam keadaan matanya bertukar warna dan Isaiah lebih agresif dalam keadaan itu. Akal warasnya tak boleh bertindak kerana dirinya dikawal oleh nafsu dan perasaannya yang sebenar.

Dayyan menghampiri Isaiah, pupilnya mengecil membentuk bentuk bujur yang tirus dan matanya tidak ubah seperti mata milik seekor ular berbisa.

"Control yourself Isaiah! Don't bring it out of you. We are in public!" desir Dayyan membuatkan Amir pula yang menjauhi dirinya. Kini hanya Isaiah dan Dayyan saja yang berhadapan sesama mereka. Arik, Firash dan Amir telah lama menjauhi mereka berdua.

"I want her! She is mine!" Isaiah berkata dengan suara yang lebih garau dan menakutkan, matanya bersinar memancarkan warna kehitaman yang begitu pekat.

Dayyan mencengkam kedua bahu Isaiah erat, mulutnya baru hendak membisikkan sesuatu dalam bahasa asing namun telinganya yang tajam lebih cepat menangkap ada bunyi pernafasan seseorang yang tidak teratur selain daripada bunyi pernafasan rakan-rakannya.

Dan jantung seseorang itu berdegup kencang. Dayyan tahu Isaiah juga dapat mendengar apa yang didengarinya kerana Isaiah kelihatan tercari-cari gerangan yang jantungnya berdegup tak sekata itu.

"Siapa itu?!" tanya Dayyan dengan nada yang tinggi. Tangannya masih lagi tak melepaskan bahu Isaiah. Kalau terlepas, ada yang tercedera kerana amukan Isaiah. Entah apa yang sedang berlaku ke atas Isaiah, Dayyan tak pasti tapi apa yang dia tahu, Isaiah tak pernah bertindak sebegitu lagi sebelum ini.

"Lepaskan aku! Dia milik aku!" Jerit Isaiah. Tangan Dayyan yang berada di bahunya cuba dicakar namun Dayyan lebih cepat bertindak. Dia menolak tubuh Isaiah ke sebatang pokok dan wajah lelaki itu ditekan rapat ke permukaan berkayu pokok itu.

"Kembalikan Isaiah atau aku akan tikam kau dengan kayu!" gertak Dayyan lalu tangannya mencapai sebatang kayu yang berada berhampiran dengan kakinya.

"Arik, asah kayu itu!" arah Dayyan sambil mencampak kayu itu kepada Arik.

Arik yang sememangnya faham dengan kehendak Dayyan segera mengeluarkan pisau lipat yang sering berada dalam poket seluarnya dan mula mengasah hujung kayu itu sehingga menjadi tajam. Tajam setajam sebilah pedang.

"Dara, apa awak buat dekat sini?!" terperanjat Amir apabila Adara tiba-tiba saja berada tak jauh daripada kawasan mereka. Dalam masa yang sama dia risau sekiranya Adara ternampak apa yang sedang berlaku di antara kawan-kawannya. Bagaimana kalau Adara memberitahu pelajar-pelajar lain tentang keanehan yang berlaku di hadapan matanya?

Badan Adara menggeletar, tangannya menggigil-gigil ketika dia nak menunjukkan sesuatu benda yang berada tak jauh daripada Isaiah dan Dayyan.

"B—buku saya," beritahu Adara dan Amir simpati melihat Adara yang matanya dah berkaca-kaca. Mungkin terlalu takut melihat apa yang sedang berlaku.

Isaiah cuba menolak tubuhnya daripada pokok itu apabila mendengar suara yang membuatkan perasaannya menjadi tak tentu arah.

"Isaiah! Kawal diri kau!" nasihat Dayyan dan tubuh rakannya kembali ditekan rapat ke batang pokok tersebut.

"Tolonglah, aku janji takkan sakitkan dia. Aku cuma nak, nak pastikan dia milik aku. Itu saja," rayu Isaiah kerana dia dah terlalu penat melawan Dayyan dan perasaannya yang begitu menginginkan gadis itu semakin menyeksa dirinya. Dia cuma nak gadis itu berada di depan matanya.

Dayyan merenung tajam wajah mendung Isaiah dan keluhan berat dilepaskan bila tiada tanda-tanda yang menunjukkan Isaiah akan memungkiri janjinya. Berharap sajalah Isaiah benar-benar memaksudkan apa yang dikatanya.

"Mir, bawa Dara ke sini," pinta Dayyan. Sudah lama dia tahu Adara adalah orang asing itu. Amir juga tahu itu ialah Adara cuma rakan-rakan mereka saja yang tak mengenali Adara.

"Kau biar betul Dayyan? Dibuatnya Adara kena makan hidup-hidup dengan Isaiah, kau nak menjawab dengan mak ayah Adara ke?" marah Amir tiba-tiba. Terkilan sungguh dia bila senang-senang Dayyan mahu menyerahkan Adara kepada Isaiah yang sedang dikuasai oleh dirinya yang satu lagi.

"Bawa jelah Mir! Kau nak Isaiah mati ke?!" naik satu oktaf nada suara Dayyan. Ditambah pula dengan bunyi desirannya buatkan Firash, Arik, Adara dan Amir semakin kecut perut.

Amir mendengus dan lantas Adara dihampirinya. Dia tiada pilihan lain selain daripada mengikut apa yang diarah Dayyan. Keselamatan Isaiah perlu diutamakan dari yang lain.

Adara berundur ke belakang, air matanya terus mengalir laju kerana takut dirinya diapa-apakan. Dia bukannya pekak, dia dengar semua yang dibicarakan oleh lelaki-lelaki itu jadi wajarlah kalau dia berasa nyawanya berada dalam keadaan terancam.

"Maafkan aku Dara," bisik Amir ketika merentap tangan Adara supaya mengikutinya.

"Apa kau nak buat ini Amir?! Lepaskan aku! Aku janji aku takkan beritahu sesiapa tentang hal ini! Aku janji!" Adara meronta-ronta dan dirinya menjadi semakin agresif apabila melihat dua orang lelaki turut menghampirinya.

"Tolong aku guys. Dia ni fighterlah," kedengaran Amir meminta tolong daripada Firash dan Arik yang sedang menuju ke arahnya.

Tanpa kata, terus Arik mengangkat tubuh Adara ke bahunya. Tidak diendahkan tangan Adara yang ligat memukul belakang badannya, meminta dia diturunkan.

"Perempuan, baik kau diam sebelum aku sumbat mulut kau dengan tanah," ugut Firash sambil menyalakan sebatang rokok. Kasihan memang kasihan melihat wajah gadis yang basah dengan air mata tetapi keselamatan Isaiah lebih penting buat mereka semua.

"TOLONG!" Adara menjerit kuat, ugutan daripada lelaki berambut spikes itu tak diendahkannya. Dia hanya mahu diselamatkan daripada sekumpulan lelaki gila yang sedang menangkapnya untuk dibawa entah ke mana.

"Aduh!" Adara menyeringai kesakitan bila tubuhnya ditolak ke sebatang pokok dengan kasar.

Isaiah menjeling Arik dan matanya kembali kehitaman. Kesabarannya terlalu tipis sehingga dia rasa dalam sekelip mata kepala dan badan Arik akan dipisahkan oleh sepasang tangannya.

"Cool man, cool. She is here and she is yours. We are not going to take her away," pujuk Dayyan sambil menggosok belakang badan Isaiah.

Isaiah menolak tangan Dayyan yang berada di bahunya dan dia mendekati Arik yang dah gentar dengan pandangan tajam matanya.

"You touch her again, I'll rip your head off your body!" bahu Arik ditolaknya sebelum dia mendapatkan gadis yang tersandar pada pokok itu.

Adara mengangkat kedua tangannya, esakannya makin kuat kedengaran. Dia tidak menyangka orang yang disukainya dalam diam kejam seperti itu! Kalau masa boleh diputarkan, tak akan sesekali dia cuba mengenali jejaka itu.

Isaiah merapati gadis itu, pupilnya masih lagi mengembang, menggerunkan sesiapa saja yang melihat. Patutlah Adara begitu gerun dengan dirinya.

Kedua tangan gadis itu dipegang, sebelah tangannya mengangkat dagu gadis itu.

Adara terkejut bila merasa renjatan elektrik pada tangan dan dagunya. Terus dia menolak tangan Isaiah menjauhi dirinya.

"What are you? You aren't human!" terpacul kata-kata itu dari bibir Adara. Bibirnya terketar-ketar bila Isaiah mendekatinya.

Isaiah meletakkan kedua tangannya disisi gadis itu, memerangkap Adara dengan tubuhnya.

Bagaimana dia nak menjelaskan duduk perkara yang sebenar kepada Adara kalau reaksi Adara terhadapnya seperti itu? Belum lagi dia memberitahu Adara yang dia boleh berpisah daripada jasadnya dalam keadaan sedar.

"Let me go, please. Saya janji takkan beritahu sesiapa tentang hal ini," pinta Adara dan sekali lagi kedengaran esak tangisan gadis itu.

Isaiah mencengkam permukaan berkayu pokok yang dipegangnya, bibirnya terus mendarat pada rambut Adara. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin, mahu deria baunya hanya dipenuhi dengan bauan yang dikeluarkan rambut Adara.

Adara pula tak berani nak bergerak bila dilakukan begitu oleh Isaiah. Dibuatnya Isaiah mencabut kepalanya, habis tamat riwayatnya dalam sekelip mata. Kalau dengan Arik pun Isaiah boleh buat begitu, apatah lagi terhadap dirinya yang tak bermakna apa-apa kepada Isaiah.

Bila dirasakan dirinya kembali tenang, baru Isaiah menjauhi Adara.

Adara terpempan sekali lagi bila melihat sepasang mata kelabu milik Isaiah. Dah terlalu lama dia ingin merenung mata Isaiah dari jarak dekat dan hari ini permintaannya dikabulkan. Lidahnya kelu tak mampu berkata-kata.

"Hello, mate." Tegur Isaiah sambil tersengih nakal.












Saturday 12 March 2016

Bab 3|| Terjumpa kekasih lama

_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Retrograd Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________


"Is this okay? Or you want to cut them off?" soal hair stylist lelaki itu. Rambutku yang panjang menutupi keseluruhan wajahku apabila dia membawa rambutku ke hadapan.

"Cut them but not all of them. Leave it short, just above her eyes but don't too short though. Argh, pening kepala aku nak style rambut Emma ni," Jeremy merungut. Melalui celahan rambutku, aku dapat melihat wajahnya berkerut bosan membuatkan aku tertawa kecil.

"Apa yang lawaknya Emma?" gerutu Jeremy bila mendengar aku ketawakannya.

Aku cuma menggeleng, tidak mahu menjawab pertanyaannya. Aku masih lagi terasa dengan sikapnya malam semalam. Soalanku tentang gadis bernama Elle tidak diendahkan Jeremy sebaliknya dia pergi mengurung dirinya di dalam biliknya, meninggalkan aku seorang diri untuk menghabiskan makan malam tanpa ada sesiapa yang menemani.

Apa yang membuatkan Jeremy bersikap begitu? Hanya kerana aku bertanya tentang Elle, dia mahu bermasam muka denganku. Atau mungkinkah Elle ialah bekas teman wanitanya jadi dia tersinggung bila aku membangkitkan nama bekas teman wanitanya?

Pagi ini, setelah bersarapan, Jeremy mengajakku pergi membeli belah. Aku malas nak bersoal banyak dengan permintaannya jadi aku ikutkan saja apa yang dia mahukan bila melihat moodnya pada pagi ini ceria berbanding semalam. Mungkin dia dah lupakan apa yang berlaku pada malam semalam.

Selesai membeli barangan untukku, dia membawaku ke sebuah salon milik rakan baiknya. Bila ditanya apa tujuan kami ke situ, Jeremy memberitahuku dia mahu mengubah gaya rambutku. Sudah hampir empat bulan aku terlantar, rambutku makin memanjang dan dia mahu melihat diriku yang 'baharu'.

Maksud Jeremy mahu melihat diriku yang baharu adalah, like, the new me. Ya, aku yang baharu. Semuanya 'baharu'. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Katanya penampilanku yang dulu mengingatkan dia tentang kecelakaan yang menimpa diriku dan dia tak suka bila dia teringat kembali perkara buruk yang berlaku ke atas diriku. Jadi dia mahu kesemua tentang diriku berubah.

"Don't worry Jay. I know what to do with her beautiful hair. For the front, we could make it bangs and for the rest we could leave it or make it wavy. Whatever you want on her could be done,"  hair stylist itu bermain-main dengan rambutku seolah aku ini sebuah boneka di salonnya. Nak saja aku cubit tangannya tetapi aku cuma mengeraskan tubuhku daripada bertindak.

Jeremy memandangku yang berasa semakin tidak selesa kerana sudah agak lama aku duduk di atas kerusi ini. Aku seperti tidak dapat merasai pinggulku. Kalau hair stylist itu tak ada di depanku, dah lama aku menghenyak-henyak pinggulku di atas kerusi yang boleh dipusingkan ini. Bukan setakat menghenyak, sekali dengan meloncat sekali.

"Do whatever you see fit on her. Kalau I berpuas hati, you dapat payment tapi kalau tak...you faham-faham sendirilah," balas Jeremy lalu meninggalkan aku sendirian dengan hair stylist yang dah tak sabar-sabar nak mengerjakan rambutku.

"Okay doll, let's see what magic we should cast on your hair," hair stylist itu berkata dengan suara yang mengujakan dan sebaris senyuman diberi kepadaku.

Alahai, teruja betul dia nak main dengan rambut aku. Harap-haraplah dia benar-benar profesional macam yang diberitahu Jeremy.

Dua jam empat puluh lima minit kemudian...

"Doll, wake up girl!"  pipiku terasa dicucuk lembut dengan sesuatu buatkan aku terus terjaga daripada lenaku. Aku tak sedar sejak bila aku tertidur dan usai aku buka mata saja, stylist yang bernama Larry itu dah terpacak di depanku dengan sikat rambut.

"Nasib baik menjadi, kalau tak I tak dapat payment hari ni!" rungut Larry kemudian dia terus ke belakangku. Rambutku tiba-tiba disisirnya menggunakan sikat yang berada di tangannya tadi.

"You kena jaga rambut ni macam you jaga telefon baru you! Jangan ikat atau sanggul rambut you nanti cepat rosak. Dan selalu-selalulah sikat rambut you okey. Barulah rambut you mengancam kebaboom gitu!" begitu bersemangat Larry memberit tip-tip menjaga rambut kepadaku sehinggakan tangannya tergawang-gawang di udara.

Aku mengangguk saja mengiakan semua yang dia katakan. Patutlah rasa semacam saja rambutku rupa-rupanya Larry dah selesai mengubah rambutku. Aku cuba menyentuh dahi yang terasa gatal namun tanganku terus ditepis Larry. Wajahnya yang riang tadi dah berubah mencuka.

"Jangan rosakkan bangs itu! Penat I buat tahu tak?" bebel Larry.

"Tapi dahi saya rasa tak selesalah Larry..." aku menjuihkan bibir untuk meraih simpati Larry agar dia membenarkan aku untuk menyentuh bangs yang dah penat-penat dia bentukkan.

Larry mendengus. Aku memejam mata bila sikatnya mendekati dahiku. Aku fikir dia nak menghempuk dahiku dengan sikat itu tetapi rupanya dia sekadar mahu menyikat bangs aku. Terasa bangs itu terangkat ke atas, menyejukkan dahiku yang tersorok dengan rambut tadi.

"Cepatlah selesakan dahi you itu," arah Larry dengan wajah yang dah kurang mencuka.

Aku tersengih dan segera menggosok-gosok dahi yang terasa gatal dan berpeluh.

"Dah." Kataku bila dahiku dah hilang rasa kurang selesanya. Mana tak rasa kurang selesa, ada sisa-sisa rambut yang digunting tadi melekat pada dahiku.

"You ni kan Emma, I rasa you ni ada mirip dengan seorang modellah. Tapi bila dah tukar gaya rambut, you jadi lain sikit. Lagi cantik," komen Larry tiba-tiba.

Aku mengerutkan dahi dan rasa nak ketawa pula bila Larry komen aku macam itu. "Saya mirip model? Model pun tak nak rupa macam saya, Larry. Baik awak tarik balik pujian awak tadi. Saya bukannya cantik pun."

"Betullah—"

"Yes you are beautiful. Beautiful that not even words in this world could describe your beauty." Muncul satu suara asing dari belakangku, memintas kata-kata Larry.

"Tuan Adel! What are you doing here?" Larry terus tinggalkan aku untuk menegur seorang lelaki kacak yang cuma memakai sweater berwarna hijau lumut dan berseluar khaki hitam.

"Just passing by, tapi tak sangka terjumpa dengan kekasih lama," sinis jejaka itu berkata sambil menjelingku dari dalam cermin yang ketika itu memang sedang dipandangku.

Aku merenung jejaka itu dalam-dalam, cuba mengingati jika wajahnya berada di dalam memoriku. Tiada. Jadi mengapa dia berkata begitu kepadaku walaupun aku tak mengenali dia?

"Kenapa sayang? Dah lupakan saya? Iyalah, dah get back dengan Jeremy kan? Tapi ingat, saya tak ceraikan awak lagi. Jangan fikir awak boleh terlepas macam itu saja. Masih banyak yang belum selesai antara saya dan awak," katanya lalu berlalu pergi meninggalkan aku dan Larry terpinga-pinga dengan kata-katanya.

"You ex dia ke Emma?" soal Larry selepas beberapa kali menggeleng kepalanya.

Aku memusingkan badan ke arah Larry yang berada di belakang, kedua tangan disilang ke dada.

"Awak rasa saya kenal dia ke?" soalku pula dengan wajah sebal.

Larry menjongket bahunya, "Entahlah. Kalau tengok muka you sekarang, memang I akan cakap you tak kenal dia tapi, iyalah, perempuan cantik, kalau dah dapat yang lebih berharta, orang yang dikenali pun dibuat macam orang asing,"

Entah kenapa aku terasa sangat dengan balasan Larry itu.

Yuna - Crush (Audio) ft. Usher

Thursday 10 March 2016

Panggilku Dara::3

_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________


Adara menyembunyikan telefon pintarnya di dalam kocek seluar ketika kakaknya, Dinara melintas di depannya. Rambut panjang Dinara yang berwarna hitam kecoklatan bersinar-sinar tatkala disirami cahaya mentari pagi.

Dinara sememangnya cantik. Malahan mungkin lebih cantik daripada dirinya.


Dinara Maitea

"Dara, kau tak pergi lagi? Bukan kau ada kelas ke pagi ini?" soal Dinara sambil mengeluarkan sekotak susu yogurt daripada peti ais. Memang sudah menjadi rutin bagi Dinara untuk memulakan harinya dengan minuman yogurt asli. Sejak kecil lagi dia sudah dididik begitu oleh mamanya.

Lain pula bagi Adara. Dia tidak akan pernah bersarapan yogurt sebaliknya dia akan mengambil segelas jus oren dan mungkin beberapa keping pancakes yang disirami dengan sos maple.

Dan kadang-kala dia akan bersarapan nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah. Selalunya masakan meliurkan itu akan Adara minta daripada Mak Toknya untuk sediakan pada setiap pagi Isnin. Tak tahu pula kenapa mesti pagi Isnin.

Mungkin hendak menghapuskan gejala Monday Blues yang sering dialaminya?

Apa-apa pun, sikap Dinara dan Adara memang jauh berbeza. Terlalu berbeza sehinggakan mama menjadi meluat mahu melayan kerenah Adara yang selalu tidak mahu mengikut perintahnya. Kalau dengan Dinara, mudah saja segala yang diarah, dituruti. Mama senang dengan Dinara tetapi sebaliknya pula dengan Adara yang mulutnya asyik dikunci rapat.

"Pukul 10.25 pagi." Jawab Adara, itupun antara dengar tak dengar saja apa yang keluar daripada mulutnya.

"Jomlah pergi dengan aku. Alang-alang guna satu jalan, baik kita pergi sekali. Minyak kereta kau pun boleh jimat. Lagipun papa tak bagi allowance untuk kau kan bulan ini?" Dinara mempelawa meskipun di akhir ayatnya kedengaran agak sinis.

Adara mencebik bibir merahnya ketika menyisip jus orennya. Kali pertama dia dan Dinara carpool telah membuatkan dia serik untuk menumpang wanita itu buat kali kedua. Kerana dia sudi menumpang Dinaralah yang membuatkan papa menggantung elaunnya untuk bulan ini.

Kali pertama menumpang kereta Dinara, fikirnya hanya dia dan kakaknya saja yang akan berada di dalam kereta, rupa-rupanya tidak. Ada seorang lagi manusia dan manusia itu adalah seorang lelaki asing yang merupakan teman lelaki Dinara.

Ketika Dinara berhenti di tepi jalan untuk singgah di kedai 7-Eleven, hanya tinggal dia dan lelaki asing itu berduaan di dalam kereta. Adara memang tidak suka berduaan dengan lelaki yang tidak dikenalinya jadi dia memutuskan untuk keluar daripada kereta sementara menunggu Dinara kembali tetapi lain pula jadinya.

Maruahnya hampir dicabul oleh teman lelaki Dinara tetapi mujur ada yang telah menyelamatkannya. Tetapi Dinara pula yang bersangka sebaliknya. Dia menuduh Adara hendak merampas teman lelaki kakaknya sendiri!

Tidak cukup setakat itu, Dinara mengadukan hal itu kepada mama dan papa. Marah sungguh mama dan papa bila Dinara menceritakan perkara itu kepada mereka. Bukannya Adara tidak pernah mencuba untuk menceritakan perkara yang sebenarnya namun setiap kali dia bercerita, mama dan papa pasti akan menolak kata-katanya mentah-mentah.

Mereka hanya mempercayai Dinara.

Dan Adara juga dah malas nak bertikam lidah jadi dibiarkan saja bila papa mahu menggantung elaunnya selama sebulan sebagai hukuman di atas perbuatannya.

"Tak apa. Aku boleh pergi sendiri," pelawaan kakaknya ditolak tanpa lengah. Jam di tangan menunjukkan pukul 8.30 pagi. Masih ada sejam lebih untuknya bersantai-santai sebelum memecut kereta Kia Sportagenya ke universiti.




"Ah, Dara. Asyik kereta gajah itu yang kau bawa ke merata-rata tempat. Bukan ke lagi okey kalau kau naik kereta aku je? Kereta aku itu comel dan kecik je jadi tak adalah jadi perhatian orang sangat bila masuk ke dalam kawasan institut kau itu," komen Dinara dengan wajah selamba.

Adara menggenggam gelas kaca yang berada dalam tangannya untuk mengawal kemarahan yang dirasakan kepada kakaknya ketika itu. Lantaklah kereta itu bersaiz gajah ataupun semut sekalipun, yang penting kereta itu dibeli menggunakan duit simpanannya sendiri, bukannya meraih simpati mama dan papa agar dibelikan kereta baharu yang mahal-mahal harganya.

Nama saja kereta bersaiz kecil tetapi harganya jauh lebih mahal daripada keretanya yang bersaiz gajah. Keretanya walaupun murah berbanding kereta Dinara namun dapat memuatkan lebih kurang lima orang di dalamnya. Kereta Dinara?

Cuma tiga orang saja yang boleh memasuki kereta itu. Kalau lebih mungkin ada kepala atau kaki yang terjulur keluar melalui tingkap.

"Tak apalah. Aku boleh pergi sendiri. Bye Dina," pamit Adara sebelum pantas mencapai beg yang mengandungi peralatan kuliahnya. Adara lebih rela pergi kuliah awal daripada duduk bertekak dengan kakaknya yang memang tak akan berputus asa untuk memujuknya supaya menaiki kereta bersama. Selagi apa yang diminta tidak ditunaikan, selagi itulah Dinara tak akan berhenti berusaha untuk mendapatkannya.

Sesampainya di institut, Adara rasa jiwanya seakan terpanggil untuk pergi ke padang besar yang terletak di sayap kanan universiti. Pada waktu pagi begini selalunya keadaan di padang lenggang berbanding pada waktu tengah hari dan petang. Mungkin ada segelintir pelajar saja di padang yang sedang melakukan aktiviti senaman dan mungkin juga ada yang sedang bersantai mengambil udara pagi yang segar.

Adara menyandarkan badannya ke sebatang pokok rendang yang sedang lebat dengan bunga-bungaan berwarna putih dan merah jambu. Sebuah buku dikeluarkan daripada begnya dan dia memulakan pembacaannya.

Dan semakin lama matanya meneliti setiap bait perkataan yang tercatat di dalam buku itu, semakin memberat kelopak matanya sehingga kadang-kadang tangannya yang sedang erat memegang buku hampir terlepaskan buku itu ke atas pangkuannya.

Lelah, Adara mengambil keputusan untuk meletakkan buku itu ke atas rumput dan dia cuba menyelesakan dirinya yang sedang bersandar pada batang pokok. Apabila dirasakan sandarannya cukup selesa, sepasang matanya langsung terpejam dan terus dia disambut gembira oleh kegelapan.

Written by,
Dead Rose



Tuesday 8 March 2016

Panggilku Dara::2

_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________


"Isaiah," bahunya dipegang dari belakang, terus jejaka tampan itu melarikan pandangannya yang telah jauh tersasar kepada rakannya yang berada di belakang.

"Hmm?" terlukis tanda tanya pada wajah Isaiah yang manis saat bibirnya mengeluarkan pertanyaan itu.

Dayyan menepuk bahu Isaiah beberapa kali kemudian dia tergelak kecil. "What's wrong with you Muhammad Isaiah Aisy? Cat caught your tongue huh?"

Isaiah segera tersedar daripada alam fantasinya lalu tangan Dayyan yang berada di bahunya dijatuhkan perlahan. Sejak bila dia boleh mengelamun tanpa hala tuju ini? Hanya kerana jelingan gadis bermata galak itu kepadanya, lidahnya jadi kelu.

"Apa kau merepek ini Dayyan? Sudahlah, tadi kata ada practice kan petang ini? Macam biasa ke?" Isaiah menepis saja sindiran berbaur jenaka yang diberikan Dayyan kepadanya tadi. Dia melangkah kembali ke arah kumpulan rakan-rakan lelakinya yang memenuhi ruang di hadapan bilik kuliah. Mujur Pensyarah telah pun beredar dari bilik itu kalau tidak pasti mereka akan ditegur Pensyarah yang umurnya hampir setengah abad itu kerana mengganggu laluan pelajar dan Pensyarah di situ.

"Ya, macam biasa. Sejak bila kau amnesia ni Isaiah? Takkan baru tengok bidadari kayangan kau dah jadi pelupa?" usik Dayyan sambil menyenggol mesra bahu teman baiknya. Bukan senang nak tengok Isaiah renung seorang gadis lama begitu tambah-tambah seorang gadis yang tidak bertudung.

Isaiah beristighfar, pantas wajahnya diraup, seakan kesal dengan keterlanjurannya menatap keindahan ciptaan Maha Besar sebentar tadi.

"God, I didn't mean to. Aku tak sengaja tengok dia—"

"Relakslah Isaiah. Aku saja je. Bukannya ada apa pun. Alah kau ni, gertak sikit pun dah takut. Lagipun dah perempuan tu memang pergh, aku tak tahu nak kata dia cantik ke, cun ke, menggoda ke atau haihh," Dayyan menggeleng-geleng kepalanya seolah kebuntuan idea sebelum menyambung kembali apa yang mahu dikatanya, "—aku rasa dia memang bidadari yang terjatuh dari kayangan. Cantik sampai macam tu sekali. Bergetar tulang rusuk aku," dadanya diurut buatkan Isaiah mencepuk belakang badannya. Terlalu dramatik.

"Semua perempuan cantik kau kata buatkan tulang rusuk kau bergetar. Repentlah wahai sahabat," sindir Isaiah kemudian meninggalkan Dayyan yang lambat berjalan di belakangnya.

"Apa yang kau riuhkan dengan Dayyan, Isaiah? Sampai ke sini kita orang boleh dengar," sampai saja ke dalam kelompok kumpulan mereka, Isaiah terus ditembak soalan itu oleh Firash.

Yang lain juga turut sama memandang ke arahnya, menagih jawapan yang mereka mahukan. Isaiah mengetap bibir, agak sebal dengan suara Dayyan yang kuat apabila berkata-kata. Kini kesemua rakan mereka dapat mendengar apa yang dibualkan mereka tadi.

"Tak ada apa-apa. Korang tahulah mulut Dayyan ini bila bercakap, macam-macam yang terkeluar."

Dayyan mendengus bila mendengar balasan Isaiah. Memang Isaiah benar-benar mahu sembunyikan perbuatannya yang merenung anak dara orang tanpa berkelip. Nasib tidak meleleh liur saja! Isaiah ini menjaga sangat pandangan matanya. Tidak salah kalau sekali sekala mahu menjamah keindahan yang bertaburan di muka bumi ini. Lagipun sudah tertulis itu adalah rezeki Isaiah pada hari ini, maka mahu tidak mahu Isaiah tetap akan dapat 'rezeki' itu.

"Ni ha, gay boy kita dapat rezeki hari ni tapi dia nak menolak rezeki tu. Korang tahulah gay boy kita ni macam mana kan?" tanpa rasa bersalah Dayyan memberitahu. Dia hanya buat muka toya dengan renungan tajam yang dilemparkan Isaiah kepadanya.

Gerun memang gerun bila direnung tajam oleh mamat alim itu tetapi sekali sekala dia mahu Isaiah relaks bila berbicara soal perempuan. Isaiah terlalu mengawal pandangan matanya sejak dia menganut islam sehingga risau Dayyan yang selalu berada di sisi Isaiah.

"Rezeki apa yang kau tengah katakan ni Dayyan?" soal Arik bosan. Dia juga sependapat dengan Isaiah yang mengatakan Dayyan suka bercakap sesuka hatinya. Kalau buka mulut je, ada saja benda mengarut yang akan terkeluar daripada mulut kawan mereka itu.

Dayyan menepuk tangannya kemudian menggosok tangannya buat beberapa kali. Tak sabar dia hendak membuka cerita panas yang mengetengahkan Isaiah sebagai heronya. Pertanyaan Arik tadi menjadi dorongan kepadanya untuk terus berstory kisah yang menjadi perbualannya dengan Isaiah tadi.

"Korang kenal tak perempuan yang bermata cantik itu?" tanya Dayyan tiba-tiba. Alah, sebenarnya dia sengaja menyoal soalan itu. Itu hanyalah sebagai pembuka katanya saja.

Amir mengangkat tangannya, wajahnya seakan bersinar terang macam jawapan untuk soalan Dayyan sudah diperolehinya.

"Maribel? Adara Maribel?!" tebaknya sambil terloncat-loncat. Mungkin terlalu suka kerana nama gerangan yang mempunyai sepasang mata yang cantik itu diketahuinya.

Firash, Arik, dan Isaiah berpandangan sesama sendiri melihat reaksi Amir yang terloncat seperti kera mendapat bunga itu. Hanya kerana sebaris nama, Amir jadi macam itu?

Dayyan mengetik jarinya, bibir menarik senyuman paling lebar.

"Pergh, powerlah kau Mir. Tak sangka kau kenal perempuan tu!"

Amir membetulkan kolar bajunya, seakan bangga dengan pujian yang diberikan Dayyan.

"Macam mana tak kenal, aku kan selalu lepak dekat library. Adara tu memang akan selalu ada dekat library. Tu macam dah jadi spot kegemaran dia. Sejak freshie lagi muka cantik dia tu akan ada dekat library. Korang ni memang takkan kenal dia lah. Kaki sukan. Adara tu kaki buku je, memang dia takkan pernah jejak kaki dekat padanglah nak tengok korang bermain," cerita Amir bersemangat.

Bila sebut saja nama Adara, memang dialah yang paling bersemangat nak bercerita tentang perempuan itu. Mungkin sebab Adara pernah jadi tutor tak berbayar dia yang buatkan dia begitu hormat akan Adara. Kerana Adaralah dia lebih faham akan konsep kimia yang dipelajarinya. Setakat baca buku otak dia memang takkan boleh nak hadam tetapi nasib baik Adara sudi mengajarnya.

"Oh jadi kau dah hari-harilah dapat rezeki? Kau tahu tak Isaiah baru dapat rezeki nak tengok si Adara tu hari ni tapi dia dah tolak mentah-mentah. Dasar gay boy betul," kutuk Dayyan dengan hidung sengaja dikerutkan.

"Eh kau ni Dayyan, nak aje aku hempuk kepala kau dekat dinding," Firash acah-acah mahu menarik kepala Dayyan untuk dihempuk ke dinding buatkan Dayyan terus berlindung di sebalik badan Amir. Mana dia tak angin, mulut Dayyan ini memang jenis yang tak boleh dikawal. Cakap main lepas saja, tak melihat ke kiri atau kanan.

Isaiah tak melayan Adara pun Dayyan nak kecoh sampai macam itu sekali. Macamlah hanya Adara seorang gadis yang cantik dalam universiti itu.

"Hisy, lawa sangat ke perempuan tu Dayyan yang kau terkinja-kinja sampai macam ni sekali? Macam tak ada perempuan lain yang lagi lawa je. Tu, awek kau yang namanya Shasha tu, bukan ke kau kata dia lawa macam Megan Fox? Megan Fox tu tak cukup cantik ke bagi kau sampaikan kau kata Adara ni lagi cantik?" kedengaran suara Arik komen, tidak puas hati kerana Amir dan Dayyan asyik memuji kecantikan Adara di depan mereka.

Iya-iya je cantik si Adara itu. Bukan boleh dipercayai sangat mata Dayyan dan Amir itu.

"Kalau kau tengok Arik, confirm sebulan gila bayang." Getus Amir tetapi tidak didengari oleh rakan-rakannya.



Isaiah, Arik dan Dayyan


Written by,
Dead Rose