Copyrighted DeadRoseRealm

Sunday 6 March 2016

Bab 2|| Jeremy bengang


_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Retrograd Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________


Pabila malam menjelma mengganti siang barulah aku terjaga daripada tidur lenaku. Masih janggal dengan
kehidupan baruku aku seakan lumpuh dan tak tahu apa yang perlu dilakukan.

Selalunya apa yang aku lakukan pada waktu malam? Adakah aku hanya akan berada di dalam rumah atau keluar merayau di kota? Ataupun aku akan meluangkan masa bersama keluargaku?

Berjalan menghampiri jendela yang masih tak ditutup dan langsir yang tidak diburaikan sejak Jeremy mengikatnya pagi tadi, aku melontar pandangan ke halaman rumah yang dihias dengan sebuah kereta berwarna silver.

Ini pasti rumah Jeremy. Dan kereta itu pasti miliknya.

Jeremy ialah lelaki yang baik, aku pasti akan hal itu. Tetapi mengapa dia agak gugup ketika bercerita denganku? Adakah dia sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuanku dalam diam?

"Emma," namaku diseru buatkan aku segera berpaling memandang ke arah pintu.

Jeremy bukannya tak kacak. Dia kacak dan wajahnya mempunyai roman yang manis, melegakan sesiapa saja yang memandang, termasuk aku.

Wajarlah kalau aku sekadar memerhatinya dalam diam meskipun terlalu banyak perkara yang mahu ditanyakan kepadanya. Polos wajah Jeremy buatkan aku tak sampai hati mahu bertanya macam-macam.

"Kenapa pandang saya macam tu? Is there something wrong on my face?" telahnya sambil memasuki bilik. Pintu bilik dibiarnya terbuka luas agar tak mengundang curiga.

Curiga siapa? Aku rasa hanya aku dan Jeremy yang berada di dalam rumah ini, tiada yang lain.

Aku berdehem apabila dirasakan suaraku seakan tersekat di kerongkong.

"Tak ada apa-apa," gumamku kemudian kembali menyepikan diri. Janggal aku rasakan ketika berhadapan dengannya.

"Awak tak lapar ke? Saya dah siapkan makan malam. You've been sleeping since this morning and I was worried that you might not wake up but you're awake now. Awak dah mandi?" lancar sekali dia bersembang denganku seperti aku adalah kenalan lamanya.

Aduh, mestilah dia bercakap denganku seperti dia sudah lama mengenaliku. Bukankah kami sedang berpacaran?

"Belum lagi." Balasku kemudian kembali menatap pemandangan yang berada di luar jendela. Berbekalkan cahaya lampu tiang di tepi jalan, aku dapat melihat dengan jelas apa yang berada di atas jalan.

Suatu figura, seolah figura seorang lelaki. Dan lelaki itu sedang memandang tepat ke arah di mana aku sedang berdiri.

Aku mendekati jendela, tangan memegang besi yang menjadi penghadang. Niatku cuma satu, mahu melihat gerangan yang memerhati dengan lebih jelas kerana wajahnya tak kelihatan di sebalik hoodie yang tersarung pada kepalanya.

Siapa dia? Kenapa dia berdiri di luar rumah Jeremy pada waktu malam begini dengan pakaian yang akan membuatkan orang berasa curiga dengannya?

"Jeremy, siapa dia?" tanpa sedar aku menggamit Jeremy untuk menyertaiku memerhati lelaki yang mencurigakan itu.

Jeremy pantas berada di sampingku, tangannya menyelak langsir untuk melihat gerangan yang diberitahuku kepadanya tadi.

"Siapa apa?" soalnya keliru dan matanya meliar memerhati kawasan di luar rumahnya.

"Lelaki tu," aku memuncungkan bibir ke arah jalan, di mana lelaki tadi berdiri dan hampir pitam aku apabila lelaki itu sudah tiada di situ.

Baru sebentar aku mengalih pandangan untuk mengerling Jeremy, lelaki mencurigakan itu sudah hilang dibawa angin.

"Emma, you're hallucinating. There's nobody there," Jeremy mengeluh tetapi tangannya segera menarik tingkap dan menguncinya. Langsir kembali dilabuhkan dan kini aku tak dapat melihat apa yang berada di luar.

"Tak! Saya tahu apa yang saya nampak. Itu bukan sekadar halusinasi Jeremy. Yes, I'm having amnesia but I'm not crazy!" aku membentak apabila merasakan Jeremy seperti hendak mengatakan aku tak waras tetapi kerana tak mahu menyinggung perasaanku dikatanya aku sedang berhalusinasi.

Jeremy meraup wajahnya, seperti kusut dengan bentakanku secara tiba-tiba.

"Sayang, awak tak gila. I know that. But I think the pill I gave to you was so strong. Hingga sekarang kesan ubat itu tak hilang. Apa kata awak pergi mandi dulu kemudian turun ke bawah? Kita dinner okay?" pujuk Jeremy. Pipiku diusapnya perlahan dan langsung duniaku menjadi gelap seketika.

...tersenyum kecil, pipiku diusapnya perlahan. "It's okay cara amore. We go slowly—"

"Emma!" terasa tubuhku digoncang, mengembalikan aku ke dunia yang nyata dan suara gemersik tadi terus hilang entah ke mana.

"Awak tak okey lagi ni. Kalau macam itu saya bawak je dinner ke bilik. Sekarang awak mandi dulu," kata Jeremy bimbang lalu dia memimpin tubuhku yang longlai ke katil.

Sentuhan itu...

"Emma, awak dengar tak apa yang saya cakap?" bahuku digoyang.

Aku memejam mata seketika, kemudian membukanya kembali. "Dengar. Jangan risau, saya tak apa-apa. Sekejap lagi saya turun."

Jeremy menghentikan goncangannya pada bahuku dan tanpa berkata apa-apa dia pergi ke almari dan mengeluarkan tuala. Tuala itu kemudian diberikan kepadaku.

"Terima kasih," ucapku perlahan dan Jeremy terus keluar daripada bilik.

"I'm not crazy Jeremy. I know what I saw," bisikku lalu masuk ke dalam kamar mandi.

Sudah jelas-jelas apa yang aku nampak ialah seorang lelaki. Takkanlah aku masih berada di bawah pengaruh ubat seperti yang dikata Jeremy? Mustahil. Sudah terlalu lama aku tidur takkanlah ubat itu masih tidak hilang kesannya.

Siapa lelaki itu? Kenapa dia tak masuk saja ke dalam kawasan rumah Jeremy kalau dia mahu berjumpa dengan Jeremy?

Setelah mandi dan menyalin pakaian baharu yang telah disediakan Jeremy di atas katil, aku turun ke tingkat bawah.

Jeremy sedang menghidangkan makanan ke atas meja ketika aku tiba di ruang bawah. Daripada aromanya saja sudah cukup untuk menceritakan makanan yang disediakan Jeremy pasti meliurkan saja rasanya.

"Masakan apa tu?" soalku perlahan sambil mendekati Jeremy.

Jeremy terlepas sudu yang sedang disusunnya apabila aku secara tiba-tiba menegur dirinya.

"Emma!" Jeremy menghela nafas lega dan mengutip kembali sudu yang terjatuh tadi. "Awak terkejutkan saya. Saya fikir hantu cantik manalah yang sudi tegur saya tadi," guraunya sambil mengelap peluh yang menitis di dahi.

"Duduklah. Bukan senang saya nak buka dapur masak untuk seseorang. Adik saya pun tak pernah rasa masakan saya," celoteh Jeremy secara tidak langsung membuka cerita mengenai kehidupan peribadinya.
Aku duduk di atas kerusi, menghadap ke arah makanan yang berasap mengeluarkan wap panas di atas meja, kedua tangan di atas pehaku.

"Adik? Awak ada adik Jeremy?" aku bertanya tidak menyangka Jeremy akan mempunyai adik.

Jeremy turut duduk, bertentangan denganku. Dia tersenyum. "Ada. Adik perempuan. Sebaya dengan awak. Namanya Dewi," beritahu Jeremy tanpa berselindung.

Dewi?

Macam pernah dengar nama itu sebelum ini, tetapi siapa dia kepadaku?

"Emma, quit overthinking. Tak baik untuk kesihatan awak. Awak baru saja pulih daripada koma jadi jangan terlalu memaksa diri awak untuk mengingati ke semua benda," Jeremy menegurku apabila sekali lagi dia melihat aku seperti sedang mengelamun jauh.

Aku terkulat-kulat bila ditegur begitu oleh Jeremy. Manakan tidak, sejak aku terjaga daripada lenaku yang panjang aku memang akan kerap mengelamun kerana cuba mencantum kembali kepingan-kepingan hidupku yang berterabur entah ke mana.

Tetapi berapa banyak kali sekalipun aku mengelamun, aku tetap takkan dapat semua memori hidupku. Seperti ada bongkah batu besar yang menghadangku daripada mengingati ke semua kisah silamku.

"Ini je yang saya sempat sediakan untuk awak Emma. Tapi kalau awak tak kenyang jugak, kita drive-thru McD or KFC okay?" kedengaran Jeremy berkata-kata denganku.

Aku menggosok-gosok peha yang terlindung di sebalik fabrik stretchy sebelum mengangkat kepala untuk memandang Jeremy. "Tak apa. Ini semua dah mencukupi, thanks to Allah for giving us sustenance," tanpa sedar lancar lidahku menyebut kalimah itu.

Jeremy yang sedang meneguk minumannya tersedak kuat usai aku berkata-kata.

"Allah? Apa yang awak cakap ni Emma?" soal Jeremy, nadanya sedikit bergetar dan pandangannya kepadaku berubah dalam sekelip mata.

Jantungku berdetak kuat, hujung jari mula kesejukan. "Saya cakap apa? Allah? Kenapa dengan Allah? Tak boleh ke saya sebut perkataan itu?"

Jeremy menyumpah keras, dahinya diurut untuk menenangkan diri yang berserabut.


"Sejak bila awak convert Elle?!" tempik Jeremy tiba-tiba.

Aku terkaku di tempat duduk, perasaan takut dan gerun mula menyerang diriku bersilih ganti.

"Siapa Elle, Jeremy?"

Written by,
Dead Rose

No comments:

Post a Comment