Copyrighted DeadRoseRealm

Sunday 6 March 2016

Bab 1|| Emma

Casts:

Barbara Palvin as Elle/Emma

Gaspard  Ulliel as Jeremy

Adam Kai as Luca

_______________________________________________________

 Copyright © 2016 Retrograd Rozaline. All Rights Reserved.

_______________________________________________________



"No Elle, I won't let you fall—"

"I'm in love with that—"

"Beautiful as always—"

"I hate you!"

"Look at me—"

"Saya suka tengok awak ketawa—"

"Sebab citarasa saya memang bagus-bagus—"

"I'll make your life like living a hell,"

"Just go."

"Argh!!" jeritan nyaring terkeluar, mematikan suara-suara yang bertelagah di dalam kepalaku.

"Take it easy sweetheart. You're fine. Bertenang, tarik nafas dalam-dalam," belakang badanku digosok perlahan dan suara itu terus memberi kata-kata rangsangan kepadaku untuk menenangkan diri yang hampir panik.

Apabila aku sudah tenang, baru dia duduk di depanku. Dia adalah seorang lelaki. Mungkin tua beberapa tahun dariku.

"Better? Ataupun awak masih rasa pening?" soalnya dan tanpa lengah aku mengangguk. Ikutkan hati mahu saja aku menghentak kepalaku beberapa kali ke dinding kerana tak tertanggung kesakitan yang menjalar di segenap ruang otakku ini.

Jejaka itu tersenyum, lantas dia mengambil sebiji pil dari dalam piring dan segelas air dihulur kepadaku.

"Minum dulu. Badan awak perlukan air. Dah hampir empat bulan awak koma," beritahunya ketika aku mengambil gelas itu.

Tergamam, aku tak jadi nak meneguk minuman. "Empat bulan?" bermakna aku dah terlantar di atas katil ini selama empat bulan dalam keadaan koma.

"Minum dulu. Selepas ini baru kita bercakap tentang hal itu," jejaka itu mematikan niatku yang mahu bertanya dengan lebih lanjut dan dia menolak sedikit tanganku yang memegang gelas ke mulutku.

Akur dengan kata-katanya, aku langsung meneguk minuman itu dan aku agak terkejut apabila tidak sampai seminit, air itu telah habis ditegukku.

"Another one?" usulnya sambil tersenyum lucu.

Mungkin keletahku membuatkan dia rasa situasi ini melucukan. Memang benar katanya yang badanku
memerlukan air. Tak cukup untuk memuaskan dahagaku kalau hanya diberikan segelas saja.

"Please," aku menghulur gelas itu kepadanya dan segera dia mengisi kembali gelasku yang kosong dengan minuman.

Cukup tiga gelas air masuk ke dalam perutku, gelas yang keempat aku teguk bersama dengan pil yang diberikannya tadi.

"Now you need to lay down," dia membaringkan tubuhku ke atas katil dan menyelimutku dengan gebar tebal.

Aku memerhati saja gerak-geri jejaka itu. Dari mengemas meja kecil yang penuh dengan buku dan plastik-plastik ubat sehinggalah dia berada di depan jendela dan sedang membuka langsir serta tingkap untuk membiarkan angin sejuk pagi menerobos masuk ke dalam bilik ini.

"You need to stop staring at me Emma," tiba-tiba jejaka itu berkata buatkan aku terkejut kerana mindaku sudah melayang entah ke mana, memikirkan bagaimana aku boleh berada dalam keadaan ini. Semestinya telah terjadi sesuatu kepadaku yang membuatkan aku jatuh koma, bukan?

"Awak kenal saya?" soalku sewaktu jejaka itu duduk di atas sebuah kerusi yang terletak bersebelahan dengan katil yang didiamiku.

"Kenal. Awak pun kenal saya juga," katanya dan ini membuatkan semangatku yang malap kembali bersinar terang. Kami saling mengenali jadi pasti dia dapat memberitahuku apa yang telah terjadi kepadaku. Sekurang-kurangnya ada seseorang yang tahu tentang diriku kerana aku langsung tidak mempunyai apa-apa memori tentang kehidupanku sebelum ini.

Aku macam sebuah buku yang telah dikoyak separuh muka suratnya. Hanya tinggal muka surat yang kosong untukku mencatat memori yang baru. Tiada lagi catatan sebelum ini.

"Awak ingat nama saya?" soal jejaka itu melihatkan aku hanya berdiam diri.

Aku menggeleng. Dia kenal diriku tetapi aku tak mengenali dirinya.

Permainan apakah ini?

"Emma," panggilnya perlahan.

Aku mengangkat muka dengan kening bertaut. "Emma?"

"Nama awak," beritahunya.

"Itu nama saya?" aku seperti tak percaya dengan apa yang diberitahunya. Emma, namaku ialah Emma?

Jejaka itu mengangguk.

Aku betulkan bantal di bawah kepalaku, "Nama awak siapa?" soalku pula.

"Jeremy."

"Kenapa saya tak ingat apa-apa? Kalau betul kata awak yang awak kenal saya dan saya kenal awak kenapa saya tak kenal awak?" soalku mula berasa tak puas hati.

Jeremy menghela nafas berat. "Awak amnesia. Tapi jangan risau, saya akan jaga awak," katanya sambil tersenyum sedikit. Tetapi aku sedar senyumannya tak sampai ke mata.

Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

Amnesia? Perkataan itu membuatkan aku faham dengan keadaanku sekarang. Tapi bagaimana aku boleh amnesia?

"Kenapa awak nak jaga saya? Takkan saya tak ada keluarga yang akan menjaga saya?" aku bertanya bingung.

Lagak Jeremy seperti dia mengenaliku.

Jeremy mencapai tanganku lalu menggenggamnya erat. "Kerana awak kekasih saya Emma. About your family, 
I'm sorry sayang. They died in a car crash. Awak seorang saja yang selamat."

Aku terdiam. Pemberitahuan Jeremy tentang keluargaku buatkan aku tak mampu untuk berkata-kata. Keluargaku maut dalam kemalangan manakala aku seorang saja yang terselamat?

"Syy Emma, everything will be okay," aku dibawa ke dalam pelukannya membuatkan hibaku makin bertambah. Aku tak sedar bila aku teresak-esak menangis di dadanya. Memang aku langsung tak ingat tentang mereka tetapi kehilangan itu tetap terasa. Sudahlah mereka sudah tiada, aku pula amnesia. Bagaimana aku mahu melampiaskan rasa rinduku kepada mereka kalau wajah mereka pun tak melekat dalam memoriku?

"Emma, saya pernah berjanji dengan awak dulu. Saya berjanji akan sentiasa di sisi awak tak kira apa yang berlaku and now is the time to fulfil my promise. Tinggal dengan saya dan saya akan jaga awak Emma. I love you and you love me too. Don't you remember what you said to me back then?"

Aku lepaskan tubuh Jeremy kemudian mengelap mataku yang basah. "Sorry, saya tak ingat tentang semua itu."

"That's okay. Akan makan masa juga untuk awak sembuh seperti sedia kala. Awak berehat dulu. Kita ada banyak masa lagi Emma untuk bercakap tentang hal ini," katanya sambil menggosok rambutku perlahan.

Aku dapat melihat perasaan sebenarnya terhadapku dalam matanya. Dia benar-benar menyayangiku. Perasaan curiga akan kata-katanya hilang begitu saja bila aku sedar bahawa dia memang menceritakan perkara yang sebenar kepadaku. Jeremy seperti seorang lelaki yang baik jadi mana mungkin dia akan menipuku.

"Awak benar-benar cintakan saya Jeremy? I'm sorry because I was doubting your feeling for me just now. Susah untuk saya percaya yang saya adalah kekasih awak sebab awak terlalu baik dan prihatin. Mesti Emma yang dulu sayangkan awak sangat-sangat kan?" aku yakin sebelum kemalangan ini berlaku pasti aku dan
Jeremy adalah pasangan yang paling bahagia. Lihat sajalah caranya menjagaku. Empat bulan dia menjagaku tanpa putus asa.

Kalau dia tak sayangkan aku pasti dah lama dia putus asa dengan keadaanku. Siapa yang sanggup menjaga seseorang yang belum tentu hidup atau matinya? Boleh saja aku takkan bangun sampai bila-bila.

Jeremy menarik kembali tangannya dari menggosok rambutku. Wajahnya berubah pucat sedikit.



"Tidur Ell— Emma. Emma, awak tidur dulu. Awak perlukan rehat yang secukupnya untuk sembuh." Jeremy menolak tubuhku berbaring semula di atas tilam dan mengemaskan gebar yang membaluti tubuhku. Soalanku langsung tak dijawabnya.

"Welcome back Emma," bisiknya ketika mengucup dahiku.

Mataku memandang tubuhnya yang menghilang di sebalik pintu dan entah mengapa aku terasa seperti hendak menangis.

Aku rindukan seseorang. Untuk Jeremykah rinduku? Tetapi mengapa perasaan rindu itu seperti bukan untuknya? Bukankah Jeremy kekasihku jadi pastilah rindu yang aku rasakan adalah untuknya.

Aku memejam mata sambil cuba memujuk jiwa yang sedang memberontak mahukan seseorang. Dan dalam pertarungan perasaan itu, aku terlena dibuai mimpi.


Written by,
 Dead Rose

No comments:

Post a Comment